Artikel Pilihan

5 KATEGORI KERETA PANDU SENDIRI. KALAU TAK YAKIN, UPAH PEMANDU PERIBADI

Banyak filem-filem Hollywood menggambarkan keadaan masa depan yang tidak lagi memerlukan manusia untuk memandu sendiri. Sebagai contoh filem I Robot lakonan Will Smith. Masuk dalam kereta, bagi arahan suara pada komputer, sedar-sedar sudah sampai ke destinasi. Camputangan manusia hanya perlu bila komputer mengenalpasti parameter bahaya di luar kemampuan mereka

Sebenarnya kan, teknologi kereta pandu sendiri ni sudah wujud tapi ia berkembang peringkat demi peringkat berdasarkan kemajuan semasa dalam bidang elektronik dan pengesanan. Teknologi ini dimulakan pada tahun 1977 oleh Tsukuba Mechanical Engineering Labooratory yang memerlukan jalan bertanda khas, 2 sistem kamera dan juga sistem komputer. Halaju yang berjaya dicapai ketika ini ialah 30km/j.

Ini tahap teknologi kereta pandu sendiri berdasarkan satu jurnal yang dikeluarkan pada tahun 2014 oleh SAE International (Society of Automotive Engineer) J3016

1. Tahap 1 (bantuan memandu) – (hands on – tangan masih mengawal stering) sistem berupaya menghantar isyarat amaran jika wujudnya risiko bahaya dan boleh menghentikan kenderaan jika perlu tapi tiada kawalan penuh pada kenderaan. Sebagai contoh sistem Advanced Safety Assist Perodua, Honda Safety Sense dan juga Hyundai SmartSense

Sistem ini juga merangkumi Lane Departure Alert, Lane Keep Assist, Parking Assistance dan juga Adaptive Cruise Control

2. Tahap 2 (automasi separuh)- (hands off) sistem berupaya mengawal pecutan, brek dan juga sistem stering. Walaubagaimanapun pemandu mesti memantau keadaan pemanduan dan bersedia bila-bila masa untuk mengambil alih. Dalam erti kata lain, pemandu mesti memegang stering setiap masa. Dalam sesetengah sistem, mata pemandu akan diperhatikan oleh kamera untuk memastikan pemandu memberi perhatian

3. Tahap 3 (automasi bersyarat)- (eyes off) pada tahap ini sistem membenarkan anda untuk menggunakan telefon atau menonton filem semasa memandu. Kereta berupaya untuk bertindak dalam situasi kecemasan tapi jika diperlukan pemandu mesti mengambil alih pemanduan dalam masa yang ditetapkan oleh pengeluar

4. Tahap 4 (automasi tinggi) – (mind off) tahap ini lebih canggih berbanding dengan tahap 3 dimana pemandu boleh duduk di belakang atau tidur semasa memandu. Tapi sistem hanya beroperasi dalam kawasan yang ditetapkan sahaja (geofenced). Di luar parameter ini, sistem berupaya failed safe atau membatalkan perjalanan dengan berhenti di kawasan yang selamat jika pemandu tidak mengambil alih pemanduan

5. Tahap 5 (automasi penuh) – (steering wheel optional) campur tangan manusia tidak diperlukan langsung dalam apa jua situasi pemanduan dan juga keadaan cuaca. Anda menyerahkan tugas memandu sepenuhnya kepada sistem

Google ads
Back to top button