Buletin

Nissan Leaf DI UCSI

ETCM telah bekerjasama dengan UCSI untuk memberi peluang kepada para pelajarnya untuk melihat Nissan LEAF secara lebih dekat. 

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) bangga untuk mempamerkan kenderaan elektrik sifar emisi, Nissan LEAF kepada kakitangan dan pelajar University College Sedaya International (UCSI) sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran hijau.

Dengan harapan ia akan memberi inspirasi kepada semua orang agar lebih peka terhadap alam sekitar. Para pelajar juga diberi peluang untuk merasai sendiri kuasa dan kesenyapan Nissan LEAF melalui pandu uji yang dijalankan.

Nissan-Leaf-DI-UC-SI-3

Turut hadir ketika pameran dan berkongsi pengalamannya ialah seorang Duta Nissan LEAF ETCM, Hanis Azarea Bt. Mohammad Azman. Beliau bercerita tentang pengalamannya bersama kereta elektrik sepenuhnya, Nissan LEF selama enam minggu dan bagaimana ia menukar pandangannya mengenai mobiliti mapan.

“Kami harap dengan pameran LEAF di UCSI akan memberi lebih kesedaran mengenai kepentingan mengurangkan pengeluaran karbon menerusi pengangkutan emisi sifar. Kami gembira untuk menunjukkan LEAF kepada para pelajar dan kakitangan UCSI, selain membenarkan mereka merasai sendiri apakah sebenarnya kenderaan elektrik (EV),” jelas Pengarah Eksekutif ETCM, Dr. Ang Bon Beng.

“Pameran pada hari ini berjaya membuktikan mengenai pentingnya kerjasama di antara industri dan akademik,” kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan) UCSI, Profesor Emeritus Dr Lim Koon Ong.

“Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting buat UCSI dan ETCM. Ia turut menggambarkan bagaimana dua pihak boleh bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran dan menanam ‘mentaliti hijau’ kepada generasi muda,” tambahnya.

Nissan-Leaf-DI-UC-SI-4

ETCM memulakan kempen kesedaran EV pada Mei 2012 melalui pelbagai projek seperti program Duta LEAF, pameran bergerak LEAF dan seminar-seminar EV.

Nissan LEAF merupakan kenderaan elektrik 100 peratus sifar emisi pertama yang dihasilkan secara massa.  Strategi Nissan adalah tidak menghadkan pembangunan kenderaan-kenderaannya. Sebaliknya mengadakan pendekatan komprehensif untuk mempromosikan mobiliti mapan dengan cara terlibat dalam pembangunan dan jualan bateri, menjalin kerjasama di peringkat global dan tempatan, mengatur infrastruktur pengecasan, mengkaji penggunaan kedua bateri lithium-ion pada EV, menggalakkan kitar semula alat ganti terpakai dalam proses produksi kenderaan serta memperkenalkan konsep-konsep mobiliti baharu.

Nissan memang terkenal dengan pendekatan mobiliti mapan dengan menawarkan model-model cekap bahan api yang menerajui kelasnya dan disokong oleh teknologi-teknologi hijau termaju secara berterusan.

Maklumat lanjut mengenai Nissan LEAF, sila layari laman web:  www.nissan.com.my atau www.nissan.com.my/Leaf/media

[hr]
Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button