
HARGA KERETA DIJANGKA NAIK TAHUN DEPAN, BAIK BELI SEKARANG!
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini membentangkan belanjawan 2024.
Antara yang menjadi tumpuan sudah tentu mengenai industri automotif.
Menerusi pembentangan tersebut, dinyatakan bahawa pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 untuk pengecas EV dilanjutkan hingga 2027, selain pengecualian cukai bagi kos sewaan EV untuk dua tahun serta rebat sehingga RM2,400 untuk membeli motosikal elektrik.

Beliau juga menyebut bahawa kerajaan bercadang untuk menaikkan cukai perkhidmatan yang kini berada pada kadar 6 peratus kepada 8 peratus.
Kerajaan juga dilihat terus komited untuk menanggung kos ujian lesen B2, e-hailing dan teksi yang memberi manfaat kepada kira-kira 40,000 orang belia.
Bukan itu sahaja, 100,000 unit topi keledar bakal diedarkan secara percuma termasuk kepada kanak-kanak.
Biarpun begitu, kita boleh menjangkakan bahawa harga kereta akan meningkat pada tahun 2024, meskipun pelbagai keistimewaan diberikan kepada kenderaan elektrik (EV) di negara kita.
Secara logiknya, tidak semua orang mampu memiliki EV, walaupun dari segi infrastrukturnya semakin menunjukkan peningkatan serta lebih mudah akses.
Jadi, bagaimana pula dengan orang ramai yang masih belum yakin dengan EV?
Ditambah pula, EV di negara kita dilihat masih mahal dan tidak dijual pada harga bawah RM90,000.
Bercakap soal kemampuan, majoriti rakyat Malaysia menjalani kehidupan dengan gaji minimum atau tambah tolak elaun, ia masih belum mencukupi untuk mendapatkan kereta idaman berharga lebih RM100,000.
Bagi kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) pula, model-model itu perlu bersaing dengan jenama-jenama EV sedia ada di pasaran yang dilengkapi pelbagai teknologi terkini.
Jika fasa pandemik dan kemudiannya endemik menyaksikan kenaikan harga komponen, namun pengeluar kereta kini nampaknya terpaksa mengambil pendekatan berbeza. Ini demi memastikan model sedia ada atau kemas kini mampu menarik perhatian pengguna dengan menawarkan ciri-ciri yang lebih canggih.
Terdahulu, Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, harga kenderaan tidak dikawal oleh kerajaan.
Sebaliknya, harga kenderaan dipengaruhi oleh kos seperti komponen, pengangkutan, tenaga kerja, teknologi dan kadar tukaran wang asing.
Maka, tidak hairanlah kos pemilikan kenderaan di Malaysia dijangka meningkat pada tahun 2024.
Persoalannya, dengan tahun 2023 masih berbaki kurang dua bulan sebelum, adakah ini masa terbaik untuk membeli kereta? Jawapannya adalah ya!
Bahasa mudahnya, sekiranya anda membeli kereta baharu keluaran 2023, setidak-tidaknya ia dibekalkan dengan perincian terkini. Jika terdapat versi facelift sekali pun, ia tidak mendatangkan perubahan besar.
Namun, dari segi harga, berkemungkinan besar ia akan meningkat dengan agak ketara.
Ia sebenarnya adalah matematik mudah untuk dicongak. Untuk segala kemas kini baharu, harga kereta sudah tentu akan menjadi lebih mahal.
Memiliki sebuah kenderaan adalah impian hampir setiap orang, tanpa mengira jenama atau model.
Dengan harga kenderaan dijangka naik bermula tahun hadapan, maka sekarang adalah masa terbaik untuk membeli kereta idaman, ditambah pula kini banyak promosi ditawarkan selain rebat hujung tahun menanti anda.
Justeru, jangan bertangguh lagi, nanti menyesal pula.
- BACA: JUALAN JATUH BAWAH 1 JUTA UNIT SETAHUN, PUTIN ARAH KERAJAAN RUSIA KAWAL HARGA KERETA
- BACA: HARGA KERETA PASARAN TERPAKAI MENINGKAT UNTUK 29 BULAN BERTURUT-TURUT DI UK
- BACA: PEMILIK POLESTAR 2 TERKEJUT, KOS GANTI PEK BATERI RM350K, LEBIH MAHAL DARIPADA HARGA KERETA!
- BACA: DIKAWAL ORANG TENGAH, HARGA KERETA TERPAKAI MAHAL. JUALAN JATUH 60%