Buletin

Siri Jelajah Baru, Freedom Riders Asia

Shell Advance dan saluran STAR Sport mempersembahkan siri pengembaraan Charley Boorman yang meneroka budaya bermotosikal di enam buah negara Asia. 

Mulai Mei 2013, para penonton di seluruh Asia boleh menonton siri penjelajahan bertajuk Freedom Riders Asia yang menampilkan pengembaraan seorang individu bersama motosikalnya.

Rancangan tersebut akan disiarkan di saluran sukan serantau STAR Sports. Ia  diterbitkan hasil kerjasama dengan jenama minyak pelincir global, Shell Advance. Program itu dihoskan oleh Charley Boorman, salah seorang mat motor paling diminati dan terkenal. Beliau akan membawa penonton mengikuti penjelajahan merentasi enam buah negara buah dalam enam episod yang menyeronokkan.

Siri-Jelajah-Baru-3

Menerusi kerjasama rapat dengan Shell Advance, Freedom Riders Asia telah berjaya dihasil dan dikembangkan oleh saluran sukan utama, STAR Sports. Untuk makluman, STAR Sports adalah sebahagian daripada FOX International Channels (FIC) Asia, perniagaan multimedia antarabangsa News Corporation dan rangkaian TV berbayar yang terkemuka di Asia.

Freedom Riders Asia diilham berasaskan kepada konsep seorang individu menunggang motosikalnya dengan satu tangki penuh petrol. Program itu akan menyaksikan Boorman berganding bahu dengan penunggang tempatan dari setiap negara dalam penjelajahan meneroka kepelbagaian budaya di Malaysia, Indonesia, Filipina, India, Vietnam dan Thailand.

Siri-Jelajah-Baru-4

Dalam setiap episod, Boorman akan beramah-mesra dengan kumpulan peminat motosikal tempatan, sambil menghayati daya tarikan bandar tersebut dan penduduknya. Selain menyertai pelbagai aktiviti unik yang meraikan budaya bermotosikal di setiap negara. Semua itu dilakukan dengan satu tangki penuh petrol sahaja.

Pengurus Jenama dan Komunikasi Shell Lubricants, Yu Li-Ching berkata: “Freedom Riders Asia meraikan dan menghubungkan penunggang motosikal dari seluruh Asia, sambil menawarkan pengalaman pelancongan dan kembara yang menghiburkan kepada penonton.

“Lebih penting lagi, Boorman juga mencerminkan Shell Advance iaitu membolehkan penunggang motosikal menikmati kebebasan pada setiap perjalanan menerusi  pergerakan yang lancar di atas jalan raya.”

Naib Presiden Kanan Fox One Stop Media, Simeon Dawes pula memberitahu Freedom Riders Asia dicipta khas untuk penonton Asia. Ini kerana Asia mempunyai peminat kembara dan pelancongan yang kian bertambah.

“Kami yakin penonton akan menghargai dan seronok meninjau tempat-tempat yang dikunjungi serta aktiviti yang dilakukan oleh Charley. Lebih-lebih lagi dengan adanya sentuhan dan cita rasa tempatan.”

“Kami gembira kerana Shell Advance telah bekerjasama rapat dengan kami untuk menerbitkan program ini yang berasaskan konsep rancangan inovatif. Ia juga bertujuan menjalin hubungan yang lebih erat dengan penonton,” kata Dawes.

Siri-Jelajah-Baru-5

Pengacara Freedom Riders Asia, Boorman berkata, “Saya selama ini memang amat meminati motosikal. Saya juga kagum dengan Asia dan kepelbagaiannya. Apa yang menarik tentang Freedom Riders Asia ialah program ini membolehkan kedua-duanya digabungkan. Saya memang sangat teruja untuk memulakan penjelajahan motosikal sekali seumur hidup ini.”

“Saya akan bertemu dengan para penunggang motosikal tempatan yang akan berkongsi serba sedikit tentang pengalaman menunggang di tempat mereka. Saya tidak sabar-sabar untuk menjelajah Asia untuk menimba pengalaman dan menikmati kebebasan menunggang motosikal di bawah terik sinar matahari!”

Selain disiar dan dipromosikan di saluran STAR Sports, Freedom Riders Asia juga akan menjangkau lebih ramai penonton melalui promosi di pelbagai saluran FIC Asia seperti FOX, National Geographic dan FX, sekali gus memberikan rancangan ini pendedahan promosi yang sangat luas.

[hr]

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button