Peranti

Samsung MV900F – Kamera Pintar Generasi Y

Ia merupakan kesinambungan model MV800 yang tampil dengan pelbagai ciri termaju. 

Di tangan Samsung, evolusi kamera digital tidak lagi sama seperti sebelumnya. Seperti yang dapat dilihat pada kamera bagi model MV900F yang diperkenalkan oleh Samsung Malaysia Electronics bermula hujung tahun lalu.

Ia sebuah kamera kompak yang menjadi kesinambungan bagi model MV800 terdahulu, tetapi kini dengan lebih ciri termaju. Reka bentuk inovatif Samsung pada skrin paparan 3.3 inci boleh anjak sehingga 180 darjah menjadi ciri unik model ini berbanding model pesaing.

Samsung-MV900F-3

Tidak hanya itu, sensor BSI CMOS 16.3MP serta kanta 25mm dengan kepantasan f2.5 yang melengkapinya juga menjadi taruhan yang memikat. Kelebihannya, mengambil gambar dalam keadaan kelam tidak lagi menjadi masalah. Tambah mudah dengan mod ‘Low Light Shot’. Kemampuan larasan ‘optical zoom’ sehingga 5X juga banyak membantu memudahkan rakaman imej.

MV900F turut memberikan prestasi membanggakan ketika mengambil gambar di kawasan terbuka dan di bawah cahaya terik matahari. Pengguna kini boleh melihat hasil foto yang dirakam dengan lebih jelas melalui paparan skrin sentuh WVGA AMOLED tanpa masalah.

Samsung-MV900F-4

“MV900F merupakan kamera pintar Samsung yang dilengkapi teknologi Wi-Fi. Sekali gus mengubah cara bagaimana pengguna merakam dan berkongsi gambar mereka. Paparan unik yang boleh dialihkan sehingga 180 darjah juga membolehkan apa saja gambar diambil dari mana-mana sudut yang sebelum ini dianggap sukar.

“Bagi mereka yang gemar mengambil gambar diri sendiri pula, ciri ini pasti akan memudahkan proses berkenaan. Dalam maksud lain, kamera ini merangsang kreativiti pengguna ketika mengambil gambar,” jelas Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon.

Dengan pelbagai kaedah capaian tanpa wayar, pengguna serta-merta boleh memindahkan gambar mereka ke telefon pintar, atau terus kongsikannya di laman web  sosial dengan mudah dan cepat.

Samsung-MV900F-5

Rakaman video juga lebih menarik dengan kemampuan 1920 x 1080 Full HD serta keupayaan 30fps (frame per second).  Kepada pengguna yang memerlukan ciri ini, MV900F tentunya menjadi kamera ideal bagi mereka apabila ia menggabungkan sentuhan terbaik bagi fotografi dan video.

Kamera ini didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu putih, hitam dan merah jambu. Ia mungkin menjadi sebuah kamera yang menarik perhatian dan melengkapi keinginan gaya hidup urban anda.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.samsung.com/my.

[hr top]
Gallery
[hr_invisible]

Samsung-MV900F-6Samsung-MV900F-7Samsung-MV900F-8Samsung-MV900F-9

[hr]
Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button