Buletin

REDLINE FITNESS GAMES RASMI DILANCARKAN – UJI PARA PESERTA PADA 23 DAN 24 SEPTEMBER INI DI MIECC

Nissan, dengan kerjasama Edaran Tan Chong Motor hari ini melancarkan Redline Fitness Games yang bakal diadakan pada 23 dan 24 September 2023 di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC).

Menurut penganjur, acara ini diadakan bertujuan bagi memberi inpirasi, motivasi untuk ke arah Asia Tenggara lebih cergas serta sihat.

Terbuka kepada orang ramai, Redline Fitness Games menjanjikan pengalaman mencabar menerusi format serta suasana acara yang unik sambil peserta menguji kemampuan di 12 stesen kecergasan.

Ia bakal menguji peserta dalam pelbagai aspek kecergasan, termasuk kardio, kekuatan, ketahanan, kuasa, ketangkasan, imbangan, koordinasi dan fleksibiliti.

CATEGORYGENDEREARLY BIRDREGULARLATE
SINGLES (Competitive)MEN WOMENRM175RM195RM215
SINGLESMEN WOMENRM145RM165RM185
DOUBLESMEN WOMEN MIXED 1 male + 1 femaleRM120 Per personRM140 Per personRM160 Per person
TEAMS OF 4MEN WOMEN MIXED 2 male + 2 femaleRM100 Per personRM120 Per personRM140 Per person

Tidak ketinggalan, pemenang bertuah Redline Fitness Games juga berpeluang membawa pulang hadiah utama Nissan Almera.

Redline Fitness Games dikuasakan oleh Nissan direka untuk menjadi inklusif, dan mengalu-alukan orang ramai tidak kira tahap pengalaman, sama ada profesional atau pemula untuk mendaftar di www.redlinefitnessgames.com.

Google ads
Back to top button