Buletin

NISSAN PATHFINDER 2026 – SUV KELUARGA GAYA AMERIKA YANG LEBIH RUGGED

Model SUV bersaiz besar, Nissan Pathfinder ini sememangnya sebuah SUV yang cukup penting buat Nissan untuk berurus niaga di Amerika Syarikat. Mula dipasang di Amerika Syarikat pada tahun 2004, model Nissan Pathfinder ini kekal menjadi antara model andalan buat Nissan untuk terus berada di sana.

Setelah pengenalan generasi kelima pada tahun 2021 ianya terus menjadi pilihan buat rakyat Amerika Syarikat yang inginkan sebuah SUV keluarga dari Jepun. Kini Nissan menawarkan model yang telah diberikan sedikit kemasan agar kekal tampil lebih segar untuk terus berada dalam pasaran selama beberapa tahun mendatang.

Bagi model keluaran tahun 2026, Nissan Pathfinder ini tampil dengan fascia hadapan dan belakang yang telah dikemaskini meliputi gril baharu yang telah menjadi identiti Nissan di kala ini yang masih cuba bangkit semula.

Turut diberikan penambahan ciri baharu adalah teknologi pengecatan apabila warna baharu Baltic Teal yang menarik turut ditawarkan kepada pengguna. Penambahbaikan turut diberikan pada ruangan kabin, papan pemuka yang diubah suai termasuk skrin sesentuh standard yang lebih besar dan huruf “PATHFINDER” timbul di bawah sistem infohiburan bersaiz 12.3 inci yang kini dilengkapi dengan Android Auto dan juga Apple CarPlay tanpa wayar. Paparan skrin meter kluster digital bersaiz 12.3 inci juga kini digunakan.

Sistem HD Intelligent Around View Monitor yang digunakan khusus untuk model Pathfinder ini kini turut menerima penambahbaikan dengan penggunaan dua sistem kamera inovatif yang membantu pemandu meletak kereta dengan lebih yakin.

Sebagai sebuah SUV keluarga, kapasiti tempat duduk sehingga lapan penumpang / tujuh penumpang dengan tiga barisan kerusi pastinya cukup ideal buat masyarakat di sana yang memerlukan sebuah kenderaan untuk membawa ahli keluarga dan juga barangan keperluan.

Dengan teknologi Latch and Glide Nissan, ianya membolehkan kerusi barisan kedua digerakkan ke hadapan / ke belakang walau pun tempat duduk keselamatan kanak – kanak dipasang.

Walau pun mungkin ruang bagasi mungkin menjadi isu sekiranya kesemua barisan kerusi digunakan namun dengan rel bumbung yang terdapat di bahagian atas, pastinya lebih beban mampu di bawa tanpa masalah.

Trenkuasa Nissan Pathfinder ini masih lagi menggunakan enjin V6 3.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 284 kuasa kuda dan 351 Nm yang dipadankan dengan kotak gear automatik sembilan kelajuan.

Nissan Pathfinder 2026 ini mempunyai Penarafan Keselamatan Keseluruhan 5 Bintang NHTSA, selaras dengan komitmen Nissan terhadap kejuruteraan kenderaan yang mengutamakan keselamatan, kualiti dan prestasi dunia sebenar.

BACA : NISSAN DEDAH PATHFINDER BAHARU UNTUK PASARAN CHINA DI AUTO SHANGHAI 2023

BACA : NISSAN ARMADA NISMO – SUV KELUARGA YANG RUGGED DAN LAJU

Google ads

B K

Back to top button