NISSAN DEDAH PATHFINDER BAHARU UNTUK PASARAN CHINA DI AUTO SHANGHAI 2023
Selain menampilkan Nissan Ariya yang futuristik dan elektrik sepenuhnya, Nissan turut mendedahkan kereta konsep Nissan Pathfinder baharu berkuasa ICE di Auto Shanghai 2023.
Tampil dengan reka bentuk berbeza berbanding model Pathfinder Amerika Utara, model berkenaan disesuaikan untuk pasaran China. Dedah Nissan, Pathfinder baharu akan dipasang secara tempatan melalui perkongsian dengan Dongfeng Nissan.
Dari luaran, ia menggunakan gril V-Motion dan dipadankan dengan lampu LED. Sementara aksen hitam berkilat serta warna emas membuatkan model ini kelihatan lebih kemas. Di bahagian belakang pula terdapat lampu lebar penuh, selain menampilkan grafik piksel LED.
Menjengah ke ruang kabin, Pathfinder mempunyai susun atur tempat duduk 2+2+3 dengan upholsteri kulit berwarna hitam/putih dan kemasan emas.
Sesuai rekaan terkini, model ini diserlahkan lagi dengan kokpit digital serta dwi skrin yang dipasang pada panel tunggal selain dimuatkan paparan head-up (HUD).
Dari segi kuasa, tiada spesifikasi rasmi dinyatakan. Tetapi media China melaporkan bahawa model ini bakal dipacu oleh enjin petrol 2.0 liter pengecas turbo dan digandingkan dengan transmisi automatik.
- BACA: NISSAN MAX-OUT KERETA KONSEP ELEKTRIK BUKA BUMBUNG!
- BACA: PADA 2000 NISSAN X-TRAIL T30 DIPERKENAL, SISTEM 4X4 TEKAN BUTANG!
- BACA: MITSUBISHI OUTLANDER PASARAN CHINA, ENJIN KECIL 1.5 TURBO MILD HYBRID!
- BACA: HYUNDAI KINI PENGELUAR KERETA KETIGA TERBESAR DI DUNIA. ATASI GENERAL MOTORS, NISSAN DAN STELLANTIS