Buletin

NISSAN PERKENALKAN TERRA-SUV SAIZ PENUH DARI PLATFORM PIKAP NAVARA

Kenderaan Sport Utiliti (SUV) yang dibina berasaskan kerangka “ladder frame” bukanlah sesuatu yang baru, malah lama sebelum istilah SUV muncul, kenderaan pacuan empat roda 4X4 klasik seperti Land Rover Defender, Land Cruiser dan Pajero sudah wujud di muka bumi.

Namun bila Toyota memperkenalkan Rav4, Kluger, Honda dengan CR-V, istilah SUV mule digunakan. Ia mengambarkan kenderaan crossover yang lebih urban sifatnya. Berbeza dengan Pajero dan Land Cruiser, SUV ini dibina berdasarkan kerangka sebuah kereta.

Nissan tidak begitu menonjol dengan SUV mereka namun dengan mempercayai pasaran kenderaan ini sememangnya besar dan membesar, mereka ternyata tidak mahu keitnggalan.

Sama seperti Triton yang berkongsi kerangka dengan Pajero, Ford Ranger dengan Everest, Toyota dan Fortuner, maka Nissan menyertai liga SUV ini dengan memperkenalkan Terra.

SUV yang diasaskan dari trak pikap Navara ini diperkenalkan di China pada musim panas nanti. Ia disusuli negara-negara Asia yang lain.

Perincian Terra akan diumumkan sepenuhnya pada Beijing Auto Show pada 25 April akan datang. Nissan telah menyiarkan beberapa keping foto dan sebuah video pendek seperti di bawah.

Spesifikasi tertinggi dikatakan akan dilengkapi sistem infotainment lengkap, zon berkembar penghawa dingin, stereng dengan multi fungsi, salutan kulit, trim aluminium dan beberapa ciri lain.

Untuk pasaran China ia bakal dilengkapi enjin 2.3 turbo disel dan juga 2.5 turbo dengan bekalan 184 kuasa kuda.

Sebagai sebahagian daripada perancangan Pelan 2022 Nissan, ia akan menjadi platform susur model yang dikelaskan dalam LCV (Light Commercial Vehicle) yang mana menurut Nissan, sangat kritikal untuk mencapai pelan masa hadapan Nissan.

Navara merupakan platform yang popular, digunakan oleh tiga model utama pikap iaitu Navara, Renault Alaskan dan Mercedes X CLass.

 

 

Google ads
Back to top button