Artikel Pilihan

HANYA KERANA DOMAIN, LELAKI INI TERPAKSA MELAWAN NISSAN – WALAUPUN MENANG, DIA TETAP RUGI LEBIH RM12 JUTA!

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Sebelum ini, kami pernah melaporkan tentang seorang kawan abang Japar yang terpaksa melawan syarikat insurans demi menuntut haknya.

Selepas bersusah payah, kawan itu akhirnya berjaya membuatkan syarikat insurans untuk mengjkategorikan Toyota Vellfire yang terlibat dalam kemalangan sebagai ‘total lost.’

BACA: DITINDAS SYARIKAT INSURANS – LELAKI INI MELAWAN HABIS-HABISAN DAN AKHIRNYA BELIAU MENANG!

Namun, nasib lelaki bernama Uzi Nissan dari Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) tidak sebaik itu. Masalah perundangan melibatkan Uzi dan pengeluar kenderaan Nissan Motor Corporation bermula apabila Uzi menerima satu panggilan pada Oktober 1999.

Siapa Uzi sebenarnya? Dia ialah seorang imigran dari Israel. Tahukah anda bahawa Nissan ialah antara nama keluarga (surname) yang biasa dalam kalangan orang Yahudi?

Berhijrah ke AS pada tahun 1980, Uzi menjalankan tiga perniagaan iaitu membaiki kereta (Nissan Foreign Car), menjual alat ganti peralatan berat (Nissan International) dan komputer (Nissan Computer).

Berbanding kebanyakan usahawan lain, Uzi sedar tentang kepentingan internet dalam mengembangkan perniagaannya. Jadi, pada tahun 1994, dia telah mendaftarkan domain www.nissan.com untuk perniagaan komputernya yang menjual motherboard, kad video dan modem.

Harus tahu bahawa sejak tahun 1970-an, kenderaan Nissan dijual di pasaran AS dengan nama Datsun. Nama Datsun digugurkan dan jenama Nissan digunakan sepenuhnya sekitar tahun 1985.

Selepas beberapa kali berjumpa, kedua-dua belah pihak gagal mencapai persetujuan dan Uzi sememangnya tidak mahu menjual domain miliknya itu. Ini membuatkan Nissan memfailkan saman sebanyak AS$10 juta (RM39 juta) kerana mendakwa Uzi melanggar tanda dagang, melakukan pencairan tanda dagang, persaingan secara tidak adil dan mengambil kesempatan ke atas nama populariti nama Nissan di internet.

Selepas berjuang begitu lama, Uzi memenangi setiap saman yang difailkan oleh Nissan. Malangnya, selama tempoh tersebut, mahkamah hanya mengarahkan Nissan untuk membayar AS$58,000 (RM227,300) sebagai yuran guaman kepada Uzi.

Tahu ia tidak akan menang dalam saman yang dikemukakan, Nissan akhirnya membatalkan saman RM39 juta tersebut dan hanya memohon injuksi untuk mendapatkan domain nissan.com

Sedangkan jumlah itu kurang 2 peratus daripada keseluruhan wang sebanyak RM12 juta yang terpaksa dibelanjakan oleh Uzi untuk mempertahankan haknya. Apa yang Uzi dapat? Dia masih memiliki domain www.nissan.com sehingga ke hari ini dan Nissan terpaksa berpuas hati menggunakan domain www.nissanUSA.com.

Selama beberapa jam saya membaca tentang kisah Uzi ini, ia turut dijadikan kes kajian utama berkaitan perebutan domain oleh fakulti perniagaan dan undang-undang.

Sebenarnya, kes ini boleh diselesaikan sekiranya kedua-dua belah pihak lebih bertolak ansur.

“Sekiranya saya tahu tentang apa yang harus dilalui selama ini, kesannya kepada diri dan keluarga, saya pasti akan menjual domain ini sejak dahulu lagi,” kata Uzi.

Kes ini juga membuktikan kehidupan seseroang boleh dihancurkan oleh firma gergasi yang memiliki sumber wang jutaan ringgit.

Tags
Google ads
Back to top button
Close