
“2 YEARS 2GETHER”: OMODA & JAECOO MELANGKAH KE ERA BAHARU
Dua tahun lalu, OMODA & JAECOO memulakan langkah dari Shanghai dengan DNA berteraskan personaliti unik, mencetuskan fenomena baharu dalam dunia automotif.
Kini, selepas tempoh singkat yang penuh kejayaan, jenama ini kembali ke Shanghai untuk memulakan bab baharu dalam kisah evolusinya, sambil meraikan ulang tahun keduanya dengan pelancaran kempen global “2 Years 2gether”.
Apa yang bermula sebagai satu perjalanan berani kini telah bertukar menjadi kejayaan global. Dalam masa hanya 24 bulan, OMODA & JAECOO bukan sahaja mendapat tempat di hati pengguna, malah telah menjadi jenama automotif yang paling pantas berkembang di dunia.
Melalui inisiatif “My Journey with OMODA & JAECOO”, pemilik kenderaan, rakan pengedar, media serta kakitangan dari pelbagai pelosok dunia—daripada Eropah ke Asia Tenggara, Amerika Utara hingga ke Timur Tengah, berkongsi kisah istimewa mereka bersama jenama ini melalui rakaman video penuh emosi.

Lebih 1,000 dedikasi tulus ini akan memenuhi platform media sosial, membentuk satu perayaan digital berskala besar yang memperlihatkan keyakinan global terhadap OMODA & JAECOO.
Dengan 500,000 pengguna aktif di seluruh dunia dan lebih 7 juta pengikut setia, jenama ini membuktikan bahawa pertumbuhan luar biasanya disokong oleh inovasi tulen.
Antara pencapaian membanggakan ialah OMODA & JAECOO telah mencatat sejarah dalam pasaran Sepanyol sebagai jenama dengan kadar pertumbuhan jualan terpantas, dan menawan pasaran UK dengan jualan lebih 1,000 unit serta 1.48 peratus penguasaan pasaran dalam bulan pertama sahaja.
Asas kepada kejayaan ini ialah inovasi teknologi termaju OMODA & JAECOO, terutama sistem hibrid revolusioner mereka, Super Hybrid System (SHS).
Model J7 SHS dengan teknologi ini berjaya menempatkan diri antara tiga model plug-in hybrid teratas di Sepanyol sewaktu pelancarannya, selain menjadi peneraju segmen di UK, menawarkan prestasi unggul, jarak pemanduan mengagumkan serta kecekapan bahan api terbaik dalam kelasnya.
Ketika OMODA & JAECOO menyambut dua tahun kejayaan, perjalanan mereka baru sahaja bermula. Sambutan “2 Years 2gether” akan disemarakkan lagi dengan pameran interaktif O-UNIVERSE serta pelancaran model crossover baharu, Cyber Mecha OMODA C3, yang sangat dinanti-nantikan.
Dengan gabungan rekaan kontemporari dan inovasi hibrid, OMODA & JAECOO kini bersedia untuk terus memikat generasi baru, daripada komuniti LOHAS yang mengutamakan gaya hidup sihat dan lestari, hinggalah golongan elit moden di seluruh dunia.







