Buletin

ORA ‘KUCING BAIK’ EV TERBAHARU CHINA. GABUNGAN REKAAN PORSCHE 911, BEETLE, FIAT 500?

Sebuah lagi model kenderaan elektrik (EV) baharu muncul dari China. Kali ini ia dibangunkan Great Wall Motors dengan nama ORA Good Cat.

Model terbaharu ini menampilkan rekaan yang mendapat inspirasi daripada kenderaan Eropah seperti Porsche 911, VW Beetle dan Fiat 500.

Menurut Car News China, Good Cat memiliki ukuran sepanjang 4,235mm, kelebaran 1,825mm, tinggi mencecah 1,596mm dan jarak tayar 2,650mm.

Di bahagian hadapan EV kompak ini, ia menawarkan lampu hadapan dengan rekaan bulat dan bampar dilengkapi gril kecil.

Selain itu, bagi menyerlahkan sisi sporty, Good Cat menawarkan skim dua tona warna di bahagian bumbung dan set roda retro lima spoke.

Tidak terikut dengan taillight tradisional, lightbar Good Cat digabungkan dengan tingkap belakang. Ia turut hadir bersama dua lampu nipis melintang di bampar.

Bahagian dalaman menawarkan rekaan premium didatangkan dengan paparan digital di bahagian pemandu dan satu lagi paparan khas untuk sistem infotainmen.

EV kompak ini turut mendapat sentuhan tema biru dan putih di bahagian kabin serta stereng dua spoke.

ORA Good Cat mendapat khidmat motor elektrik yang mampu menjana kuasa 143 hp dan tork 210Nm. Ia dijangka memasuki pasaran China pada 25 September ini. -catscoops

Google ads
Back to top button