
EV MELETUP MASA CAS DI CHINA. BERKECAI BAI KERETA TU!!!
Sebuah kenderaan elektrik (EV) meletup didakwa ketika sedang mengecas di stesen pengecas berdekatan Sanming, China.
Menurut laporan tempatan, pemilik EV tersebut parkir kenderaan dan menyambungnya pada stesen pengecas sebelum ia mulai berasap lalu meletup.
Bagaimanapun, sukar mengetahui jenama jentera terbabit tetapi mengikut lapora Drive, melalui rakaman ia menyerupai BAIC EX360. Kemungkinan besar kereta berkenaan adalah model hibrid plug-in BAIC.
Pemilik kenderaan menghubungi pihak bomba apabila menyedari terdapat asap mulai keluar ketika mengecas jentera terbabit.
Melalui rakaman video, pihak bomba menghalakan air di bahagian belakang kereta sebelum ia meletup sehingga mengakibatkan panel badan berterbangan di stesen itu.
Bahkan, kelihatan bumbung parkir berlubang akibat impak kuat daripada letupan.
Punca letupan masih belum diketahui, dan berharap ia dapat diselesaikan dalam waktu terdekat. –carscoops.