Buletin

99 PERATUS AKAN BERSAMA PETRONAS YAMAHA MUSIM DEPAN- ROSSI

Juara dunia tujuh kali kelas MotoGP, Valentino Rossi yakin 99 peratus akan berhijrah ke Petronas Yamaha SRT pada musim depan meskipun belum secara rasmi menandatangani kontrak.

Pelumba berusia 42 tahun itu memberitahu perkara berkenaan kepada media Itali menjelang Grand Prix San Marino selepas timbul khabar angin bahawa dia akan bersara.

“Kami mengambil masa dalam perbincangan bersama Yamaha kerana kami sememangnya masih mempunyai masa.

“Tapi apa yang boleh saya katakan, pasti 99 peratus akan bersama Petronas Yamaha tahun depan,” katanya.

Rossi memasuki tahun ketujuh bersama pasukan pengeluar Yamaha namun akan digantikan oleh Fabio Quartararo yang ketika ini beraksi bersama pasukan satelit Petronas Yamaha.

Sementara itu Rossi berkata dia sememangnya menantikan perlumbaan hujung minggu ini kerana hanya tinggal kira-kira 10 kilometer dari Litar Misano dan ia adalah perlumbaan di tempat sendiri selain penonton akan dibenarkan hadir buat kali pertama musim ini.

Kira-kira 10,000 penonton dibenarkan menyaksikan perlumbaan di litar itu.- agensi

Google ads
Back to top button