Buletin

EV WULING HONGGUANG MINI SUDAH 50,000 UNIT DITEMPAH.MAMPU ‘SUMBAT’ 4 PENUMPANG

Kereta Elektrik (EV) Wuling Hongguang Mini yang diperkenalkan beberapa bulan lalu mendapat tempahan melebihi 50,000 unit di pasaran China.

Jentera kompak hasil kerjasama SAIC-GM-Wuling di China didatangkan dengan ukuran saiz 2,917 mm panjang, 1,493 mm lebar, 1,621 mm tinggi dan jarak roda 1,940 mm. Ia dijual pada harga AS$4,164 (RM 17,407).

Menurut Gasgoo, lebih 50,000 tempahan telah dibuat sejak diperkenalkan di pasaran tempatan.

Ia menunjukkan perkembangan yang sihat apatah lagi apabila pasaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di China berdepan kesukaran baru-baru ini.

Bagi memasarkan dan penjualan Hongguang Mini EV, usaha sama tersebut mewujudkan kira-kira 100 buah pengedar di seluruh negara.

Kebanyakkan pengedar terletak di lokasi bandar yang sibuk untuk mendorong minat dan penjualan.

Hongguang Mini EV mendapat khidmat motor elektrik 27 hp yang dijana pek bateri 13.8 kWh. Kelajuan maksimum kereta ini hanya mencecah 100 km/j dan boleh mencapai jarak sejauh 200 km sekali cas.

Biarpun, kereta ini kecil dan kompak, ia masih mampu menampung empat penumpang.

Bagi pengguna yang ingin menyimpan barang, mereka boleh melipat tempat duduk belakang menjadi ruangan simpanan. – carscoops.

Google ads
Back to top button