
OTT TANAK DAH TANAK BERLUMBA RALI TAHUN HADAPAN. DAH KENAPA TANAK BERLUMBA LAGI?
Bekas juara WRC 2019 Ott Tana akhirnya mengumumkan bahawa beliau akan berehat seketika daripada pembabitan aksi sepenuh masa dalam dunia rali, setelah selama 18 tahun beraksi tanpa berehat. Khabar berita tersebut diumumkan beliau setelah tamatnya perlumbaan FORUM8 Rally Japan baru – baru ini.
Ott Tanak yang sejak akhir – akhir ini bersama pasukan Hyundai Motorsport bersama juruarah Martin Järveoja akan membuat penampilan terakhir bersama jentera Hyundai i20 N Rally1 untuk musim ini di Rally Saudi Arabia pada penghujung November nanti. Beliau menyatakan alasan untuk meluangkan lebih banyak bersama keluarga bermula musim hadapan setelah beraksi sebanyak 170 dalam pentas WRC dengan membabitkan 22 kemenangan dan juga 58 posisi podium.

Ott Tänak membuat pengumumanb tentang perkhabaran tersebut dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan pada jam 19:00 waktu tempatan di Toyota City, Jepun: “Selepas banyak musim yang tidak dapat dilupakan bersaing di peringkat tertinggi, saya telah memutuskan untuk berehat daripada perlumbaan rali sepenuh masa. Pilihan ini bukanlah mudah tetapi ini terasa seperti masa yang tepat untuk berhenti seketika, merenung dan mendedikasikan lebih banyak masa untuk hidup dan keluarga saya di Estonia.”
Pun begitu, Ott Tanak menyatakan bahawa ini bukanlah suatu ucapan selamat tinggal kepada dunia rali cuma lebih kepada untuk mencari peluang bagi menetapkan semula, mendapatkan semula tenaga dan juga fokus semula di masa akan datang.

Untuk rekod Ott Tanak pernah beraksi bersama pasukan M-Sport Ford terlebih dahulu sebelum menyertai pasukan Toyota Gazoo Racing dan sempat menjuarai tahta WRC pada tahun 2019. Dan sepanjang era jentera Rally1 diperkenalkan, Ott Tanak pula dilebih diingati bersama pasukan dari Korea ini walau pun sempat bersama seketika bersama pasukan M-Sport Ford.
Ternyata, selepas Kalle Rovanpera mengundurkan diri musim hadapan, kini giliran Ott Tanak pula membuat keputusan yang serupa. Cuma tidak pasti sama ada beliau akan kekal bersama pasukan Hyundai untuk berlumba secara separuh masa atau tidak.
BACA : OTT TANAK SAHIH TIDAK AKAN MENGUTIP MATA UNTUK PENGELUAR BAKI PERLUMBAAN MUSIM INI
BACA : OTT TANAK SAH AKAN KEMBALI SEMULA KE PANGKUAN PASUKAN HYUNDAI MOTORSPORT MUSIM HADAPAN


