Artikel Pilihan

OTT TANAK SAH AKAN KEMBALI SEMULA KE PANGKUAN PASUKAN HYUNDAI MOTORSPORT MUSIM HADAPAN

Hyundai Motorsport telah memberikan pengesahan rasmi bahawa Ott Tänak akan menyertai semula pasukan bagi menghadapi saingan FIA World Rally Championship (WRC) musim 2024.

Ott Tänak 35 tahun, mencipta sembilan kemenangan semasa menyertai pasukan jenama Korea tersebut diantara 2020 dan 2022 tetapi memilih untuk menyertai pasukan M-Sport Ford, pasukan tempat beliau memulakan kerjaya WRC, bagi menghadapi saingan musim 2023.

Pemandu yang berasal dari Estonia itu, bersama Juararah Martin Järveoja, baharu sahaja segar meraikan kemenangan bersama jentera Ford Puma Rally1 di Rally Chile Bio Bío minggu lepas. Bagaimanapun, sebaik sahaja beliau menyelesaikan misi baki dua perlumbana tahun ini, Ott Tänak akan terus berpindah ke pasukan yang pernah di sertainya itu.

Ott Tanak akan kembali ke Hyundai Motorsport yang berpangkalan di Alzenau untuk memandu jentera i20 N Rally1 pada 2024, bersama pemandu dari Belgium Thierry Neuville; yang kini keduanya telah pun disahkan untuk sebagai pemandu bagi Hyundai Motorsport.

Pengumuman pemandu lanjut masih belum dikeluarkan dengan Hyundai berkata ia akan mengambil masa untuk meneroka pelbagai pilihan untuk seluruh barisan WRC 2024 kelak.

Mengenai langkah itu, juara WRC 2019 Ott Tanak berkata: “Hyundai Motorsport mempunyai visi dan sasaran yang jelas untuk masa depan terdekat, dan ia adalah sesuatu yang meyakinkan saya untuk menyertai pasukan ini semula. Saya juga tidak sabar untuk bekerja dengan Cyril Abiteboul (Prinsipal Pasukan) dan François-Xavier Demaison (Pengarah Teknikal), kerana pengalaman dan pengetahuan mereka dalam sukan permotoran pastinya merupakan kelebihan besar untuk seluruh pasukan.

“Matlamat kami dalam bab baharu ini adalah untuk memenangi ketiga-tiga kejuaraan, dan dengan struktur baharu pasukan, kami mempunyai semua alat yang diperlukan untuk mencapainya.”

Cyril Abiteboul, yang menyertai Hyundai pada awal musim 2023 setelah menghabiskan tahun-tahun sebelumnya bekerja dalam Formula 1, menambah: “Saya membuka perbincangan dengan Ott Tanak, yang teruja dengan cita-cita dan struktur baharu yang kami sediakan. Kami berbesar hati kerana dia bersedia untuk menyambung semula urusan yang belum selesai yang dia ada bersama pasukan kami”.

Sementara itu, Ott Tanak akan kekal bersama M-Sport Ford sehingga penghujung musim bagi menghabiskan perlumbaan di Central European Rally dan juga FORUM8 Rally Japan sebelum berpindah pasukan.

BACA : OTT TÄNAK PINDAH KEM, DARI TOYOTA KE HYUNDAI UNTUK WRC 2020

BACA : ALKISAH OTT TANAK – JUARA BAHARU WRC 2019

Google ads

B K

Back to top button