BuletinMotosikal

OTTIMO, JENAMA KAPCAI BARU AKAN BERADA DI PASARAN BULAN HADAPAN

Semalam, foto intipan sebuah motosikal kapcai bernama Ottimo bertebaran di laman sosial. Sebenarnya, kami sudah mula mendengar ura-ura tentang kehadiran motosikal ini sejak beberapa minggu lepas.

Menerusi siasatan lebih lanjut, kami berjaya mendapatkan beberapa maklumat tentang motosikal ini.

  • Ia dihasilkan oleh lima orang bekas jurutera tempatan yang berpengalaman dalam industri motosikal.
  • Syarikat ini dikenali sebagai Ottimo Technologies dan berpusat di Sungai Petani, Kedah
  • Pasaran untuk peringkat awal, ditumpukan pada bahagian Utara semenanjung terlebih dahulu. Tujuannya adalah menjaga kualiti dan dapat memberi jaminan serta aktiviti lepas jualan yang lebih berkesan. Memandangkan ia adalah sebuah syarikat start-up yang baru hendak bermula, pengilang tidak mahu mengambil risiko dengan sasaran jualan yang tinggi.
  • Dibekalkan dengan enjin empat lejang 110cc sejukan udara dengan piawaian melapasi standard Euro 3.
  • Penggayaan kapcai moden (lampu “dada”, mudguard belakang ala sportbike)
  • Masih menggunakan topang suspensi belakan berkembar (bukan monoshock)
  • Ia gabungan sebuah kapcai “asas” dengan harga mampu milik tetapi dengan rekabentuk kapcai moden
  • Belum ada tanda harga tetapi mereka menyasarkan untuk golongan berpendapatan rendah, pelajar dan mereka yang baru hendak mula menunggang motosikal. Harga jangkaan diletakkan pada paras RM4,000.00

Motosikal ini dijangka akan dilancarkan pada penghujung Disember nanti.

Kami akan terus mengemaskini sekiranya terdapat sebarang perkembangan atau maklumat baru daripada jenama ini.

 

Google ads
Back to top button