
Motosikal
YAMAHA DIKESAN UJI KAPCAI BAHARU?
Baru-baru ini tumpuan kembali terarah pada segmen kapcai di Malaysia meskipun negara dilanda ‘perang skuter’ yang tidak henti-henti sejak awal tahun.
Motosikal jenis kapcai kembali menjadi perhatian selepas pelancaran Modenas Z15 GT yang berlangsung pada minggu MotoGP Malaysia.

Terbaru, pengguna Facebook, Chee Tart memuat naik beberapa gambar yang didakwa sebagai motosikal Yamaha sedang menjalani ujian jalan raya. Meskipun tiada petunjuk namun ruangan komen rata-rata mendakwa motosikal berkenaan adalah Y15ZR/Y16ZR baharu berdasarkan reka bentuk rim yang diguna pakai.
Sering terpalit dengan jolokan ‘kejuruteraan coverset’ kemungkinan model yang sedang diuji itu membawa kelainan yang lebih signifikan untuk pasaran tempatan.






