Motosikal

MFORCE DEDAH RUPA PERTAMA KAPCAI 150CC KLAC AUTO

MForce Bike Holdings mendedahkan rupa sulung kapcai 150cc dengan klac auto ketika lawatan ke China, baru-baru ini. 

Berdasarkan imej diperolehi,clay model (model tanah liat) tersebut memberikan bayangan pertama rupa kapcai 150cc dengan klac auto berkenaan. 

Apa yang kami boleh huraikan berdasarkan gambar tersebut, kapcai berkenaan akan dilengkapi dengan cakera brek depan dan belakang dan dipadankan bersama ABS. 

Bahagagian panel badan pula kelihatan bersegi dengan lampu hadapan utama ditempatkan di bahagian kepala sementara lampu isyarat dengan DRL ditempatkan di bahagian muka bawah. 

Menurut En. Omar selaku Pengurusan Perancangan Oembangunan Produk MForce Bike Holdings, model tanah liat itu seterusnya akan menjalani proses 3D scanning.

Dalam pada itu, kami difahamkan bahawa rim yang diguna pakai dalam imej tersebut bukanlah produk terakhir sebaliknya pihak MForce akan memperkenalkan reka bentuk rim yang berlainan dan lebih sporty. 

Google ads
Back to top button