
RASMI: MODENAS NAIK TARAF KRISS – KINI 125CC FI, RM5,620
Tiada angin tiada ribut, MODENAS membuat kejutan dengan memperkenalkan Kriss baharu yang telah dinaik taraf dengan beberapa ciri signifikan.

MODENAS telah mempertingkatkan Kriss dengan enjin 125cc menggantikan platform 110cc yang selama ini sudah sinonim dengan model itu. Naik taraf signifkan itu sekaligus beri kesan pada harga jualan yang kini meningkat kepada RM5,620 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Sementara itu, enjin 125cc SOHC dengan sistem penyejukan udara dan suntikan bahan api itu kini berupaya menjana 8.4hp pada 8,000rpm dan 8.5Nm pada 6,000rpm. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi empat kelajuan.

Meskipun rupa keseluruhan Kriss 125 Fi ini nampak mirip dengan model sebelumnya namun MODENAS telah menaik taraf panel badan termasuk memperkenalkan lampu DRL dengan lampu isyarat LED.
Model baharu ini juga hadir dengan satu varian sahaja dan menawarkan pakej brek cakera di depan dan brek dram di belakang serta dipadankan dengan rim 17-inci (tubeless).

Kelengkapan lain ditawarkan termasuk:
- fork teleskopik depan
- penyerap hentak berkembar belakang
- tangki bahan api berkapasiti 4.2L
- starter elektrik + tendang
- dua slot pengecas USB
- storan bawah tempat duduk
GALERI: MODENAS KRISS 125 Fi 2025



















