Buletin

PAKEJ “TERIMA KASIH, CIKGU” PERODUA

Sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2013, Perodua memperkenalkan satu pakej eksklusif sebagai tanda terima kasih, penghargaan dan meraikan para guru yang berdedikasi. 

Pakej yang diberi nama “Terima Kasih, Cikgu” itu menawarkan rebat sebanyak RM1,000; selain pelan insurans kemalangan bernilai RM20,000 dan kadar faedah serendah 2.7 peratus daripada bank-bank yang mengambil bahagian.

“Pakej ini adalah cara kami untuk menyumbang kembali kepada wira masyarakat yang tidak didendang dan dedikasi mereka mendidik anak bangsa. Terima kasih daripada kami semua di Perodua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Perodua Alza Advance Teaser

Pakej “Terima Kasih, Cikgu” akan bermula pada 16 Mei hingga 15 November 2013. Ia sah untuk semua varian Perodua termasuklah S Series.

“Selain tawaran ini, mereka menempah kenderaan di antara 16 hingga 31 Mei layak menerima kad petrol bernilai RM200 (tertakluk kepada terma dan syarat). Dengan servis percuma selama tiga tahun, kami percaya bahawa peakej ini memang berbaloi,” tambah Aminar.  

Perodua_Viva_34_Back

Pakej ini terbuka kepada semua pendidik di institusi pengajian awam dan swasta. Ini merangkumi mereka dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, kolej-kolej komuniti, institusi pengajian di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (seperti KEMAS, TASKA dan TABIKA) serta badan-badan lain yang diiktiraf.  

Berminat? Sila kunjungi mana-mana daripada 186 bilik pameran Perodua di seluruh negara atau layari laman web: www.perodua.com.my untuk maklumat lanjut.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button