Buletin

PANDU SUBARU BRZ ATAU WRX PADA HARGA BERMULA RM2,699 SEBULAN DENGAN GOCAR SUBS

Teringin memandu sebuah kereta sports yang menarik perhatian tetapi tidak mahukan tempoh pinjaman yang lama serta kebimbangan pemilikan lain, terutama penyusutan kos yang signifikan? 

Dengan penambahan kategori Sports yang baru ke dalam program langganan GoCar iaitu GoCar Subs, peminat kereta di Malaysia kini ada pilihan untuk dipertimbangkan.

Sebagai permulaan, kategori baharu itu menawarkan dua model kereta sports popular – Subaru BRZ berkuasa 200hp dengan kelajuan maksimum 210km/j dan pecutan 0-100km/j dalam masa 8.2 saat.

Manakala Subaru WRX yang berkuasa 264hp pula menjanjikan kelajuan sehingga 240km/j dengan pecutan 0-100km/h dalam masa hanya 6.3 saat.

Pelanggan boleh memilih daripada tiga pelan langganan. Pakej setahun pada bayaran RM3,299 sebulan, tawaran selama dua tahun pada harga RM2,999 sebulan atau pelan tiga tahun dengan bayaran bulanan RM2,699.

Semua bayaran tersebut merangkumi cukai jalan, insurans, servis serta wear and tear.

Dengan penambahan tawaran Sports yang baru, garaj GoCar Subs kini telah dikembangkan menjadi enam kategori untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan yang pelbagai.

Setiap kategori menawarkan struktur ‘Satu Harga’ yang bersepadu bermula RM799/sebulan untuk kategori Econ sehingga RM2,299/sebulan bagi kategori Luxe dan RM2,699/sebulan untuk kategori Sports. Kadar yang disenaraikan itu adalah untuk pelan 12 hingga 36 bulan.

Pelanggan GoCar Subs bukan hanya mendapat manfaat daripada program langganan pelbagai jenama kenderaan yang paling mampu milik di pasaran.

Malah, mereka tidak perlu bimbang dengan perbelanjaan tambahan, penyusutan nilai atau terpaksa berada dalam tempoh pinjaman yang lama.

Untuk mendaftar akaun GoCar Subs atau melihat senarai penuh kenderaan di dalam garaj, sila layari laman web: www.gocarsubs.com

Google ads
Back to top button