Buletin

BIDAAN PLAT KFC CECAH RM2 JUTA. BANYAK JUGA PEMINAT KFC

Plat nombor pendaftaran KFC yang tamat bidaan melalui aplikasi JPJebid pada 17 Februari lalu berjaya mengutip hasil sebanyak RM2,018,364.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, bidaan nombor tersebut dibuka pada 13 Februari dan berlangsung selama lima hari.

Beliau menambah, seramai 3,118 individu telah membida nombor siri tersebut dan plat KFC 7 muncul bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM52,000 diikuti KFC 9 sebanyak RM48,000.

“JPJebid ini menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat.

“Pembida boleh mengetahui kedudukan (ranking) secara ‘realtime’ dan tiada unsur-unsur campur tangan manusia,” katanya pada sidang akhbar di JPJ Kedah, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Abdul Rahman menjelaskan, nombor pendaftaran KFC cukup sinonim dengan jenama popular restoran makanan segera dan pasukan bola sepak Kedah.

Menurutnya, perkara itu menjadi antara faktor nombor kenderaan tersebut mendapat permintaan yang tinggi.

“Sebelum ini juga bagi nombor tender siri KFB pula berjaya mengutip hasil RM714,217 apabila dibuka atas talian pada 3 Disember hingga 7 Disember.

“Nombor bidaan tertingginya adalah bagi KFB 1 sebanyak RM92,222,”katanya. – SH

Google ads
Back to top button