Buletin

PANDU UJI KENDERAAN MITSUBISHI MENERUSI TEST DRIVE 2U. MUDAH DAN SELAMAT

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa semua bilik pameran dan pusat servis sahnya sudah memulakan kembali operasi mereka. 

MMM juga melancarkan perkhidmatan tempahan pandu uji secara dalam talian TEST DRIVE 2U yang membolehkan pelanggan menguji kenderaan Mitsubishi dari rumah. 

Jika berminat, sila layari laman web https://www.mitsubishi-motors.com.my/testdrive2u/ dan ikuti langkah-langkah mudah berikut: 

  • Lihat varian kenderaan Mitsubishi dan klik butang TEST DRIVE 2U 
  • Masukkan lokasi pandu uji yang diingini
  • Pilih pengedar terdekat dan model yang ingin dipandu uji
  • Isi borang, pilij tarikh dan masa pandu uji
  • Pilih mode komunikasi dengan perunding jualan Mitsubishi menerusi Whatsapp, telefon atau minta mereka hubungi anda

Pelanggan yang membuat tempahan pandu uji melalui TEST DRIVE 2U tidak perlu bimbang kerana protokol ketat akan dilaksanakan.

  • Kenderaan dan kunci kereta akan disanitasi sebelum serta selepas pandu uji
  • Perunding jualan akan memakai penutup muka dan pembersih tangan. Pelanggan diminta melakukan perkara yang sama
  • Pandu uji terhad kepada seorang pelanggan pada satu-satu masa
  • Perunding jualan akan duduk di kerusi belakang

Bukan itu sahaja, MMM juga menawarkan promosi menarik ke atas semua model Mitsubishi. Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.mitsubishi-motors.com.my/  

Tags
Google ads
Back to top button