Buletin

PDB LANTIK AZRUL OSMAN RANI SEBAGAI CEO/PENGARAH URUSAN YANG BARU

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) hari ini mengumumkan pelantikan Azrul Osman Rani sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru berkuat-kuasa pada 1 Januari 2020.

Beliau kini merupakan Ketua Pembangunan Komersial dan Pembentukan JV di ETRONAS Refinery & Petrochemical Corporation (PRPC) dan memegang peranan kedua sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di PRPC Utilities & Facilities.

Azrul bakal menggantikan Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed M Tahir yang sebelum itu dilantik sebagai Naib Presiden Pemasaran pada Julai 2017 dan MD/CEO pada Jun 2018. 

Azrul memulakan kerjaya dengan perniagaan runcit di PDB sebelum menjadi seorang trader di Malaysian International Trading Corporation Sdn Bhd (MITCO). Di sana, beliau memasarkan pelbagai produk petrokimia ke pasaran Indonesia. 

Beliau menunjukkan kemahiran kepimpinan yang tinggi, sekali gus membolehkannya menjadi antara pengurus negara oaling muda yang dilantik untuk mengetuai pelbagai unit dalam MITCO dan divisyen-divisyen lain dalam Kumpulan PETRONAS. 

Bermula dari tahun 2014 hingga 2018, beliau memulakan rundingan strategik yang membawa kepada pembentukan kerjasama (JV) di antara PETRONAS dan  Saudi Aramco di dalam Kompleks Bersepadu Pengerang, pelaburan utama paling besar PETRONAS bernila AS$27 bilion. 

Tags
Google ads
Back to top button