Buletin

PEMANDU SEBABKAN KEMATIAN AKAN DILARANG MEMANDU SEUMUR HIDUP?

Kementerian Pengangkutan dilapor mahu menggubal undang-undang yang akan membolehkan pemandu yang mengakibatkan kemalangan maut diharamkan daripada memandu seumur hidup.

Buat masa sekarang, Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan hukuman larangan memandu selama tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun sekiranya pemandu yang cuai didapati bersalah menyebabkan kematian.

Mereka juga berdepan dengan denda kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM20,000. Manakala Seksyen 41 (3) pula akan membatal lesen memandu pesalah selama tiga tahun untuk kesalahan perama dan 10 tahun bagi kesalahan kali kedua.   

Ini bermakna selepas tempoh itu tamat, mereka boleh kembali memandu.

“Saya rasa hukuman ini tidak cukup tegas. Jika anda menyebabkan kematian di atas jalan raya, anda patut diharamkan daripada memandu seumur hidup. Nyawa yang hilang tidak boleh diganti,” kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurut Anthony, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat daripada agensi-agensi berkaitan seperti Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (MIROS) mengenai perkara ini.

Beliau berkata demikian ketiga mengulas kemalangan maut yang berlaku di Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan. Dalam kejadian itu, seorang pemandu trailer didakwa hilang lawalan dan melanggar beberapa buah kenderaan lain.

Pelanggaran itu kemudian menyebabkan sebuah kereta Kia Forte terbakar dan membunuh 5 sekeluarga.

kredit foto: Perak Today

Google ads
Back to top button