Motosikal

LESEN B2 KE B: ANTHONY LOKE DEDAH KEPUTUSAN SUDAH DIBUAT, UMUM TIDAK LAMA LAGI

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke memaklumkan bahawa pohak kementerian sudah pun membuat keputusan berkaitan Lesen B2 untuk dinaikkan ke B (full) secara automatik. 

Memetik laporan Utusan Malaysia, Loke mendedahkan kerajaan akan membuat pengumuman tidak lama lagi berkenaan dengan cadangan yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. 

“Nanti saya akan umumkan, sudah ada keputusan (B2 kepada B penuh). Tetapi saya akan umumkan hari kemudian bukan hari ini,” jelasnya ketika menemui pengamal media selepas sesi tinjaun pembinaan LRT3 di Stesen Pasar Jawa. 

Isu menaik taraf lesen B2 kepada B (full) menjadi topik perbualan hangat dikalangan pengguna motosikal dengan ada yang menyokong dan ada juga yang kurang bersetuju. 

Zahid Hamidi sebelum ini pernah menyatakan bahawa tiada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen Kelas B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan. – Utusan Malaysia

Google ads
Back to top button