
Motosikal
RASMI: NAIK TARAF LESEN B2 KE B (FULL) SECARA AUTOMATIK BERMULA OKTOBER INI
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan lesen motosikal B2 boleh dinaik taraf secara automatik ke B (Full) bermula Oktober ini.
Bagaimanapun, pemegang lesen B2 perlu mematuhi syarat berikut sebelum layak:
- perlu memiliki lesen B2 atau B1 secara aktif dalam tempoh tak kurang 10 tahun.
- perlu bebas dari senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod jenayah berat atau sebarang hal yang belum diselesaikan di bawah Akta 333.
- sihat tubuh badan, fizikal dan mindak (perlu buat deklarasi sendiri).
- lulus program peralihan dan penyesuaian di sekolah memandu termasuk menjalani latihan amali 2 jam dengan bayaran RM160 sahaja. (bayaran RM150 kepada sekolah memandu dan RM10 kepada JPJ).