Motosikal

“CADANGAN NAIK TARAF LESEN B2 KE B MASIH DI PERINGKAT PERBINCANGAN”

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendedahkan cadangan untuk menaik taraf lesen B2 kepada B (Full) secara automatik masih dalam peringkat perbincangan. 

Jelasnya, perkara itu masih lagi dibincangkan di kalangan kementerian kerana terdapat pelbagai sudut yang perlu dipertimbangkan. 

“Belum ada keputusan dibuat. Kajian telah pun dilakukan tetapi masih dalam perbincangan kerana lesen B (Full) adalah untuk motosikal berkuasa tinggi.

“Kami (Kementerian Pengangkutan) perlu menilai sejauh mana pemegang lesen B2 mampu menangani motosikal berkuasa tinggi sekaligus mencetuskan kebimbangan,” ujar Anthony Loke kepada media. 

Google ads
Back to top button