Buletin

PENGELUAR TRAK ELEKTRIK NIKOLA HENTI 270 ORANG PEKERJA

Syarikat pengeluar kenderaan berat dan komersial berkuasa elektrik Nikola Corporation dilapor akan menghentikan kira-kira 270 pekerja bertujuan untuk mengurangkan kos operasi.

Daripada jumlah tersebut, 150 orang pekerja merupakan kakitangan operasi Nikola di Eropah, manakala selebihnya bekerja di fasiliti di Phoenix dan Coolidge, Amerika Syarikat.

Keputusan untuk mengurangkan jumlah pekerja membolehkan Nikola menjimatkan kira-kira $50 juta setahun.

Penggunaan tunai tahunan juga dijangka akan menurun kepada bawah $400 juta menjelang tahun 2024.

Nikola sebelum ini terlibat dalam pertikaian dengan pengasas yang juga pemegang saham tertinggi, Trevor Milton yang menuntut perubahan di dalam kepimpinan dan menggesa pelabur lain untuk menentang cadangan syarikat untuk meningkatkan jumlah saham yang dibenarkan untuk diterbitkan. – REUTERS

Google ads
Back to top button