KEDUDUKAN 200 PEKERJA LOTUS DALAM BAHAYA – NANTI ADALAH REZEKI KAT LAIN
Kedudukan ekonomi Lotus dalam keadaan tidak berapa baik pada tahun ini kerana kerugian sebanyak USD202 juta pada suku kedua 2024. Jualan dikatakan makin meningkat tapi malangnya kerugian semakin ketara. Kini syarikat tersebut sedang menimbang untuk memberhentikan hampir 200 orang pekerja mereka di UK.
Langkah tersebut terpaksa diambil sebagai salah satu jalan untuk menjimatkan perbelajaan untuk memastikan mereka terus beroperasi. Mereka juga mengurangkan sasaran jualan dari 26,000 unit ke 12,000 unit beberapa bulan lepas. Ye lah, sasarkan tinggi-tinggi tapi kalau tak mampu capai tak ada guna jugak.
Jualan Lotus meningkat 134 peratus dari Januari hingga September tahun ini. Dua model EV mereka Eletre SUV dan Emeya sedan laris di pasaran. Jualan juga dibantu oleh model Emira yang akhirnya berjaya dipasarkan selepas kelewatan bertahun-tahun.
Salah satu faktor kemungkinan perubahan minat pembeli kepada EV. EV murah mungkin sedikit terjejas tapi EV yang berharga mewah memang terasa la kesannya. Malah kebanyakan peminat EV juga berpatah balik ke model-model ICE yang semakin moden.
Dengan keadaan ekonomi syarikat yang agk menjunam macam mana dengan nasib projek hypercar EV mereka, Theory 1 Concept?