Buletin

EMIRATES RANCANG BUANG 30,000 ORANG PEKERJA. MOHON BANTUAN RM5.22 BILION DARIPADA DUBAI

Emirates Group dilapor sedang menimbang untuk membuang sekitar 30,000 kakitangannya. Ia dilihat sebagai antara jumlah pemberhentian kerja paling ramai ketika industri penerbangan terus terkesan akibat wabak COVID-19.

Syarikat penerbangan jarak jauh terbesar di dunia itu perlu mengecilkan kapasiti 105,000 kakitangan sebanyak 30 peratus dalam usaha mengurangkan kos.

Selain memantapkan operasi bagi berdepan dengan kekurangan permintaan penerbangan yang dijangka berlanjutan selama beberapa tahun.

Syarikat milik kerajaan itu sudah berjaya memperoleh pembiayaan sebanyak AS$1.2 bilion (RM5.22 bilion) dalam suku pertama tahun ini dan meminta bantuan daripada Dubai.

Emirates juga merancang untuk mempercepatkan ‘persaraan’ pesawat A380 miliknya. Pesawat dua tingkat itu boleh menempatkan lebih 500 orang penumpang dalam satu-satu masa.

Ia kini sedang menilai tahap kos dan sumber, serta jangkaan sambil bersedia untuk kembali terbang selepas hampir dua bulan tidak beroperasi.

Syarikat penerbangan di seluruh dunia mula membuang pekerja apabila industri terjejas teruk kerana kerajaan tidak membenarkan perjalanan udara. British Airways bulan lalu mengumumkan ia mungkin membuang 12,000 orang pekerja.

Sementara lebih 100,000 orang kakitangan di empat syarikat penerbangan terbesar Amerika Syarikat terpaksa mengambil cuti tanpa gaji,tempoh kerja dikurangkan dan bersara awal.

Dengan kapasiti global lumpuh 70 peratus, industri penerbangan mengalami kerugian sekitar AS$314 bilion (RM1.36 trilion) dari segi penjualan tikat pada tahun ini.

Memandangkan beberapa buah negara mula melonggarkan sekatan perjalanan, Emirates merancang untuk memulakan operaisi pada 21 Mei depan.     

Google ads
Back to top button