Buletin

PERHIMPUNAN TERBESAR PERODUA MYVI

Anda pemilik Perodua Myvi? Jadi, anda mungkin mahu menjadi sebahagian daripada perhimpunan “Myvi Nation,Perhimpunan Terbesar Myvi” yang bakal diadakan pada 24 Mei depan.

Myvi-nation-mekanika (3)

Perhimpunan itu diadakan bagi meraikan ulang tahun model Myvi yang ke-10. Untuk menyertainya, pemilik Myvi perlu mendaftar di laman web rasmi Perodua www.perodua.com.my bermula 21 April hingga 10 Mei dengan yuran serendah RM50.

Para peserta perlu memandu Myvi masing-masing untuk menerima sekeping sijil dan pek hadiah eksklusif bernilai lebihRM400. Mereka juga berpeluang memenangi sebuah Myvi Edisi Peringatan Ulang Tahun ke-10.

Myvi-nation-mekanika (6)

“Acara bersejarah ini akan diadakan di Setia Alam City Mall, Shah Alam. Perodua turut menjemput orang ramai untuk menghadiri sambutan Myvi 10niversary pada 23 dan 24 Mei di lokasi yang sama,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Di sana, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik. Selain boleh menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan, dihiburkan dengan konsert artis popular, pertunjukan bunga api, menonton filem dan menaiki belon udara panas.   

Myvi-nation-mekanika (5)

Myvi 10niversary adalah sebahagian daripada inisiatif  “Myvi, Love of the Nation” anjuran Perodua yang bermula pada Disember 2014 dan akan berakhir Disember 2015.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button