Buletin

PELUANG JADI PENGEDAR PROTON

Sebagai sebahagian daripada langkah transformasi agresif untuk menambah baik perkhidmatan selepas jualannya, PROTON Holdings Bhd (Proton) melalui anak syarikat milik penuhnya, Proton Edar Sdn. Bhd. (Proton Edar) kini menjemput mereka yang berminat untuk menyertai program pengembangan pengedar 3S.   Proton-service-centre-mekanika (1) Program baharu itu bertujuan menyediakan rangkaian pengedar yang menguntungkan di bawah Proton. Dengan pelaksanaan program tersebut, Proton bukan sahaja mempunyai divisyen pemasaran, pengedaran dan selepas jualan yang lebih kuat. Malah Proton mampu menilai semula rangkaian jualan dan selepas  jualannya secara strategik di seluruh negara. “Berdasarkan kepada pelan pertumbuhan kami, rangkaian pengedar kami yang terdiri daripada 413 outlet perlu dirasionalisasikan demi mengekalkan keuntungan yang sihat dan memberi fokus kepada lokasi-lokasi penting,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah. Proton-service-centre-mekanika (4) Menurut Harith, rasionalisasi itu penting bagi menangani isu-isu seperti produktiviti rendah, proses operasi tidak cekap serta tahap perkhidmatan yang berbeza kepada para pelanggan. Mereka yang berminat boleh memohon dengan menghantar permohonan serta dokumen berkaitan kepada Divisyen Pembambangunan dan Perancangan Rangkaian Proton Edar. Tarikh tutup adalah pada 31 Mei 2015. Proton-service-centre-mekanika (3) Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.proton-edar.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button