Buletin

INSPIRASI REKAAN KODO PERABOT MAZDA

Baru-baru ini di Milan Itali, Mazda mengagumkan para pengunjung acara Milan Design Week apabila mempamerkan barisan perabot dan basikal ciptaannya.

mazda-bike-KODO-Concept-mekanika (1)

Dibina berpaksikan kepada bahasa rekaan KODO-Soul of Motion, Mazda dilihat berjaya menghasilkan objek-objek yang bukan sahaja cantik, malah berfungsi.

Bertempat di Mazda Design Space di Brera Design District Fuorisalone, sofa dan basikal itu dicipta berasaskan kepada rekaan KODO Concept yang dikatakan mengambil inspirasi pergerakan binatang liar.

mazda-bike-KODO-Concept-mekanika (2)

Basikal tersebut menyerlahkan falsafah seni dan reka bentuk Jepun yang bersifat ‘less is more’. Ia turut mengimaginasikan basikal lumba moden. Para pereka Mazda bertungkus-lumus untuk memastikan rekaan kerangka basikal itu kelihatan ringan, lincah dan laju.

Mazda-sofa-KODO-Concept-mekanika (4)

Sofa pula memiliki keseimbangan yang ideal di antara bentuk dan fungsinya. Pengarah kreatif Setsu dan Shinobu Ito yang juga pereka bentuk dari Mazda Europe dikatakan telah bekerjasama dengan pengeluar perabot terkenal Itali untuk menghasilkan sofa yang unik tersebut.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button