Buletin

PERJALANAN LUAR NEGARA TIDAK PERLU #MYTRAVELPASS BERMULA 11 OKTOBER

Kerajaan bersetuju membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkuat kuasa pada 11 Oktober ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air.  

“Keputusan pemansuhan ini antaranya untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah, rakyat Malaysia yang ke luar negara bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan.

“Bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada individu yang lengkap divaksin,” katanya.

Google ads
Back to top button