Buletin

PERMINTAAN LUAR BIASA SUZUKI JIMNY. PENGHANTARAN TERTANGGUH HINGGA TAHUN DEPAN!

Ia adalah sebuah SUV kecil yang ikonik. Sejak diperkenalkan pada era 80-an, JImny menjadi satu-satunya model SUV Suzuki yang masih mempunyai peminat di seluruh dunia. Harga pasaran terpakainya juga jauh lebih baik dari model model Swift atau SX4.

Suzuki Jepun telah melancarkan model terbarunya di Jepun beberapa bulan lalu dan apa yang mengejutkan, permintaan SUV ini kini menggila dan Suzuki tidak mampu untuk menghantarnya mengikut jadual.

Bagi pasaran eksport pemanduan sebelah kanan, lebih teruk lagi dengan penghantarannya terpaksa ditunda kerana memberi laluan kepada permintaan dalam negara Jepun sendiri.

Jurucakap Suzuki UK, Dale Wyatt memberitahu, eksport ke UK terpaksa ditangguhkan kerana bilangan yang ditetapkan untuk eksport pemanduan sebalah kanan adalah terhad kepada 1,000 unit sahaja menjelang penghujung 2018.

Sedangkan tempahan sudahpun melepasi angka 4,500 unit di UK sahaja.

Pembeli di UK terpaksa menunggu sehingga 2019 untuk mendapatkan kenderaan mereka dan dari kenyataan terkini Suzuki, mereka hanya mampu mengeksport 2,000 unit setahun

Payah juga kan?

GALERI

Google ads
Back to top button