Buletin

PERMINTAAN KENDERAAN DIESEL DI EROPAH MENJUNAM

Eropah telah menjadi pasaran terbesar diesel sejak 1980-an, tetapi nampaknya permintaan bahanapi tersebut jatuh dengan cepat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut kajian, keyakinan pengguna terhadap diesel semakin berkurang, permintaannya terus menurun setiap tahun. Angka jualan diesel di Eropah jatuh secara dramatik pada separuh pertama 2018 kerana kerajaan menaikkan cukai dan mendesak pembeli beralih ke arah kenderaan alternatif seperti elektrik.

Ia dipercayai sebagai respon terhadap kebimbangan tahap pencemaran. Kesannya, kejatuhan nilai jualan semula untuk kereta diesel.

BACA: BOSCH TEMUI RAHSIA BAHANAPI SINTETIK, GANTIKAN DISEL

Perkongsian pasaran untuk kereta diesel di Eropah pada awal tahun 2017 adalah 42.5 peratus, tetapi hanya setahun kemudian pada awal tahun 2018 angka itu turun kepada 36.5 peratus, menurut IEA.

Penurunan itu lebih ketara di Britain, dengan jualan jatuh sebanyak 30 peratus. Di Jerman, pengeluar kereta diesel terbesar dunia seperti Volkswagen dan BMW, jualan menurun sebanyak 31.1 peratus – turun daripada 41.3 peratus setahun lalu.

BACA: APA PERLU DIBUAT KALAU TERSALAH PAM DISEL?

Kerana kejatuhan jualan kereta diesel, jualan diesel itu sendiri juga telah jatuh. Jualan bahan api jatuh sebanyak 115,000 tong sehari pada bulan Ogos berbanding bulan sebelumnya. Itu juga menyebabkan harga diesel di stesen bahanapi meningkat.

Ketidakpuasan pengguna terhadap diesel bermula pada 2015 dengan skandal penipuan pelepasan Volkswagen, atau Dieselgate.

Akibatnya, beberapa pengilang, termasuk Volkswagen, telah memulakan perubahan kepada barisan kereta elektrik. Tambahan pula, beberapa bandar raya Eropah, termasuk Berlin, London, dan Paris, telah mula meletakkan larangan khusus untuk kereta diesel dalam mengawal pencemaran.

Semua ini menandakan peralihan besar untuk pasaran kereta Eropah. Sejak tahun 1980-an, Eropah telah menjadi pasaran terbesar bagi kereta diesel.

Google ads
Back to top button