Buletin

RAJA SUV SUDAH TIBA. SELAMAT DATANG BMW X7. IA ADA 760Nm TORK!

Lebih empat tahun selepas pengumuman asalnya untuk dilancarkan di kilang di Spartanburg, Carolina Selatan, BMW X7 secara rasmi semalam BMW mendedahkan SUV premium yang paling besar dalam keluarga X. Ia sebuah SUV dengan tujuh tempat duduk yang direka cukup premium.

Penampilannya menyerlah menerusi bahagain hadapan dengan jeriji besar dan lampu utama LED yang anggun. Pereka juga telah membuat pintu belakang lebih besar dari pintu depan untuk akses mudah ke kerusi barisan kedua dan ketiga.

Terdapat empat model utama iaitu X7 xDrive40i, X7 xDrive50i serta pilihan enjin disel. 40i didatangkan dengan enjin turbocharged 3.0 liter enam selinder sebaris baris dengan 335 kuasa kuda dan 447Nm tork) yang membolehkan SUV mencapai 0 – 60 batu sejam dalam masa 5.8 saat.

Sementara 50i pula digandingkan dengan enijn V8 4.4-liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 456 kuasa kuada dan 649 Nm tork!. Ia boleh memecut 0-100 dalam masa 5.2 saat.

Kedua-dua enjin ini dipasangkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan dipacu sistem 4WD. Pembezaan pembahagian tork belakang datang pada model 50i dengan Pakej Pengendalian Dinamik Pilihan dan Pakej Off-Road.

Sistem gantungan udara dengan peredam adaptif adalah standard di bahagian depan dan belakang.

Bagi carian enjin disel. X7 didatangkan dengan model 30d dengan enjin enam selinder baris 3.0 liter turbo dengan 261 hp 620 Nm tork. Paling gila ialah, enjin M50d dipasangkan dengan enjin 3.0-liter quad-turbo yang menhasilkan dengan 395 hp 760 Nm tork!.

Bahagian kabin X7 direka cukup luas dan mewah. Papan pemuka berkongsi gaya BMW moden dengan kluster instrumen digital 12.3 inci yang terletak di sebelah paparan infotainment 12.3 inci.

Susunan butang dan dial berada pada konsol tengah, termasuk tombol iDrive, gearshift, mod pemacu, dan ketinggian sistem suspensi. Kawalan iklim empat zon adalah standard untuk memastikan semua penghuni selesa, dan sistem lima zon boleh didapati sebagai pilihan.

Semua X7s mempunyai TIGA panel panoramik untuk membolehkan cahaya semulajadi masuk ke kabin. Pilihan kerusi kapten yang ada adalah untuk pembeli yang menginginkan lebih keselesaan kepada penumpang baris kedua. Dengan kerusi ini, jumlah penumpang turun kepada enam dari tujuh untuk versi biasa.

Sistem gantungan udara SUV ini boleh diturunkan di bahagian belakang untuk memuatkan barangan dengan lebih mudah. Dengan kesemua kerusi digunakan terdapat 1,376 liter ruang kargo di bahagian belakang. Apabila kerusi ini dilipat ruang kargo melonjak kepada 2,560 liter.

Sebagai sebuah SUV premium, X7 didatangkan dengan pelbagai teknologi bantuan memandu. XDrive40i datang standard dengan Blind Spot Detection, Lane Departure Warning, Rear Collision Warning, Frontal Collision Warning, Pedestrian Warning with City Collision Mitigation, Cross Traffic Alert Rear, dan Speed Limit Information. Sementara itu,  xDrive50i dating dengan lebih ci ri iaitu Parking Assistant Plus, Active Lane Keeping Assistant, dan Extended Traffic Jam Assistant.

GALERI

Google ads
Back to top button