Buletin

PERODUA CATAT JUALAN TERTINGGI PADA TAHUN 2018 DENGAN 227,243 UNIT

Perodua hari ini mengumumkan bahawa ia berjaya mencatat jualan tertinggi dalam sejarahnya, iaitu sebanyak 227,243 unit pada tahun 2018. 

Justeru, syarikat mensasarkan peningkatan jualan sebanyak 1.7 peratus kepada 231,000 unit menjelang akhir tahun 2019, disokong oleh Myvi dan pengenalan Aruz baru-baru ini.

Myvi paling laris

Myvi merupakan model terlaris Perodua pada tahun 2018 dengan 82,122 unitdidaftarkan daripada 117,844 tempahan.

Sejak pelancarannya pada November 2017 sehingga kini, lebih 91,500 Myvi telah didaftarkan daripada 147,000 tempahan.

Axia, Bezza dan Alza pula kekal nombor satu dalam segmen masing-masing dengan70,821, 49,911 dan 24,389 unit dijual pada 2018.

“Sasaran Perodua untuk meningkatkan jualannya sebanyak 4% tahun ini bukan sahajaakan mengukuhkan jenama kami tetapi akan membantu industri automotif Malaysia yang dijangka berkembang sedikit tahun ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad di majlis makan tengahari Tahun Baru Cina bersama media.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangkakan peningkatan jumlah industri keseluruhan (TIV) sebanyak 0.21% kepada 600,000 unit tahun ini daripada 598,714 unit tahun lalu.

Aruz terima lebih 5,700 tempahan

MAA menjelaskan perkembangan positif tahun lepas disumbang oleh ketiadaan cukai (tax holiday) yang bermula Jun hingga Ogos. Jika tiada insentif baharu, pasaran dijangka kekal pada paras ini pada tahun 2019.

“Myvi dijangka terus popular tahun ini. Sejak kami memulakan tempahan Aruz pada 3 Januari, kami telah menerima hampir 5,700 tempahan setakat ini. Memandangkan sasaran jualan kami 2,500 unit sebulan, angka ini sangat menggalakkan,” kata Dato’ Zainal.

Perodua juga akan meningkatkan pembelian komponennya sebanyak 20% daripada RM5 bilion tahun lepas kepada RM6 bilion tahun ini.

Ia selaras dengan jangkaan permintaan pada 2019. Sekali gus akan memberi manfaat kepada pembekal automotif tempatan.

Pengeluaran kilang naik 10.5%

Menurut Zainal, 219,000 kenderaan dikeluarkan daripada kedua-dua buah kilang PeroduaManufacturing Sdn Bhd dan Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd pada tahun 2018. 

Syarikat tersebut mensasarkan peningkatan sebanyak 10.5% kepada 242,000kenderaan pada tahun 2019.

Dari sudut selepas jualan pula, Perodua memecahkan banyak rekod dalaman dari segipengambilan servis (2018 2.17 juta pengambilan berbanding 2017 2.1 juta pengambilan – naik 3%) dan jualan alat ganti dan aksesori (2018 RM320.8 juta berbanding 2017 RM288.5 juta – naik 11%). 

Perniagaan Badan & Cat dan Kenderaan Pra-Milik (POV) juga menyaksikan perkembangan yang menggalakkan.

“Selepas jualan adalah aspek yang sangat penting kepada kami kerana ia menyokongkami dalam pasaran yang berdaya saing ini. Kami akan menambah baik aspek kepuasan pelanggan untuk mengukuhkan lagi jenama Perodua di Malaysia,” kata Zainal.

Google ads
Back to top button