BuletinMotosikal

DOMENICALLI: AUDI TIDAK ADA RANCANGAN UNTUK MENJUAL DUCATI

Dalam kekecohan mengenai masa hadapan Ducati yang katanya diintai oleh banyak pihak, CEO Ducati Claudio Domenicalli tampil membuat kenyataan bahawa Audi tidak ada sebarang rancangan untuk menjual Ducati.

Menurut Domenicalli hubungan antara Audi dan Ducati pada saat ini sangat bagus. Mereka meneruskan kerjasama erat pada pasukan MotoGP Musim 2019 menerusi pasukan Mission WinNow Desmosedici yang tertera Audi Sport sebahagian daripada pasukan ini.

BACA: KTM BERMINAT BELI DUCATI

“Saya boleh katakan, tidak seperti yang anda dengar, tidak ada rancangan menjual Ducati,” Domenicalli menjelaskan kepada portal permotoran crash.net.

Beberapa minggu lalu Stefan Pierer, Ketua Pegawai Eksekutif, KTM mengintai peluang untuk memiliki Ducati. Beliau berpendapat, Kumpulan Volkswagen hanya melihat Ducati dari sudut perniagaan semata-mata. Fokus kumpulan perniagaan tersebut adalah sektor kenderaan empat roda dan teknologi elektrik dan beliau percaya, Ducati akan lebih sukses jika dimiliki oleh kumpulan yang berkepakaran dalam industri motosikal.

Memberi respon ke atas berita tersebut Domenicalli menambah;

“Pada pendapat saya, penggunaan livery baru ini adalah isyarat penting sokongan dari pemegang saham utama (Audi). Kami sudah berada dalam kumpulan ini sejak 2012. Dengan kehadiran symbol Audi member signal yang jelas bagaimana mereka ingin menguruskannya. Mereka ingin memanfaatkan teknologi kami pada motosikal berprestasi tinggi”

Menurut Domenicalli lagi, keberadaan Audi di sini bukan hanya terkait soal kewangan semata-mata. Ducati berpendapat, kehadiran mereka menguatkan entity Kumpulan Volkswagen secara keseluruhan.

“Kami adalah jenama kecil dalam kumpulan ini (VW Group). Perniagaan kami tidak member kesan menyeluruh terhadap prestasi keseluruhan VW yang bernilai lebih 200 billion. Mereka tertarik dengan Ducati kerana kami mampu menguatkan jenama menerusi aspek perlumbaan, pengembangan produk dan juga hakikat bahawa kami pembuat motor premium yang disegani”

 

Tags
Google ads
Back to top button