Buletin

PERODUA SERAH BEZZA YANG KE-10,000 & CATAT TEMPAHAN SEBANYAK  25,000 UNIT

Perodua hari ini menyerahkan Bezza yang ke-10,000 kepada Zetty Aswani Fazwin Mahrol Puthil, 28, dalam satu majlis ringkas.Perodua-Bezza-10k-mekanika (1)

Untuk rekod, Perodua Bezza telah mengumpul lebih 25,000 tempahan sejak dibuka pada 16 Julai lalu. “Kami kini sedang berusaha untuk memastikan penghantaran semua model kepada pelanggan tepat pada masanya,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd.,  Dr. Zahari Husin.

Daripada 10,000 Perodua Bezza yang telah dijual, 44 peratus ialah varian 1.3L Advanced (AT), 43 peratus varian Premium X 1.3L (AT), 3 peratus versi Premium X 1.3L (MT), 9 peratus Perodua Bezza 1.0L (AT) dan satu peratus Perodua Bezza 1.0L (MT).

Perodua-Bezza-launch-2016-mekanika (13)

Sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini, Perodua telah menjual 112,500 unit kereta  yang mewakili 35.4 peratus daripada TIV sebanyak 317,900 kenderaan.

Pada Julai, Perodua menyerahkan 2,600 unit Bezza selepas sepuluh hari ia dilancarkan. Untuk Ogos pula, sebanyak 7,400 unit diserahkan kepada pembeli.

Perodua-Bezza-10k-mekanika (4)

Perodua Bezza ditawarkan pada harga bermula RM37,300 bagi varian 1.0L standard G (MT) sehingga RM50,800 bagi versi 1.3L Advanced (AT).

Google ads
Back to top button