Modifikasi

MITSUBISHI EVOLUTION 9

Mitos salah kebanyakan orang ialah apabila kereta ada turbo, ia mesti laju. Sedangkan tidak semestinya sebab turbo dicipta sebagai unit pendesak pada enjin kecil.

Mitsubishi-Evolution-9-modified-mekanika (1)

Selalunya berlaku apabila tak ada pilihan lain selain membangunkan enjin baru yang jauh lebih mahal. Menggunakan platform enjin sedia ada, merombak struktur dalaman dan memasang sistem turbo adalah jalan paling mudah untuk meningkatkan kuasa.

Contohnya kereta-kereta Volvo yang terkenal dengan badan seberat anak gajah. Atau Proton-Campro CFE yang merupakan naik taraf mesin S4PH yang asalnya sebuah enjin N/A.

Mitsubishi-Evolution-9-modified-mekanika (13)

Lain halnya dengan 4G63 yang dicipta asalnya untuk sebuah unit enjin berprestasi tinggi. Kalau macam ini, barulah benar-benar power sebab spool turbonya diletak pada setiap putaran RPM.

Enjin ini dipasang pada badan yang memang bertujuan untuk pasaran kereta sports.  4WD, super-pengendalian-rock dan khusus untuk peminat kereta sport dengan belanja kecil. Ya. Teorinya kereta 280PS ini harganya lebih murah berbanding sebuah Porsche.

Mitsubishi-Evolution-9-modified-mekanika (12)

Maka lahirlah kereta sports sedan keluarga empat pintu macam Mitsubishi Evolution. Generasi Evo CT9A ini merupakan barisan baru pengeluaran besar-besaran yang dieksport ke seluruh dunia dengan pilihan panduan sebelah kiri juga.

Sebelum ni, semua Evo pemanduan sebelah kanan. Spesifikasi pun ikut negara mana yang dieksport. Saya pun tak faham kenapa mesin ini tamat pada Evo 10, sedangkan sambutan di seluruh dunia memang memberansangkan.

Mitsubishi-Evolution-9-modified-mekanika (2)

4G63 generasi terakhir ini memang salah satu enjin yang paling senang dibina semula mengikut citarasa pemiliknya. Alat gantinya punyalah banyak, tinggal berapa duit yang sanggup dilaburkan sahaja. Pemiliknya, Rizal dari Negeri Sembilan memilih untuk buat sikit-sikit sudahlah, dah powerdah, cukup lah ni.

Kepala silinder dibuat proses port dan polish. Toyol wastegate Tial, blow-off HKS SSQV dan ECU dipeta semula. Kaedah paling senang dan tepat apabila talaan dibuat di atas mesin dyno.

Mitsubishi-Evolution-9-modified-mekanika (8)

Tambahan lain ialah pengawal boost Greddy Profec B Spec II yang merupakan sejenis controller dan trigger yang senang digunakan. Set ekzos Tomei Expreme Ti dengan peredam bunyi Evo 9 MR dan akhir sekali sebuah penapis udara cendawan HKS.

Pacuan 4 roda sepenuh masa dengan pembahagian tork cun-cun oleh sistem AYC kereta ini menjadikannya lebih sempurna. Di sini, Rizal menggantikan set klac asal kepada jenis twinplate daripada HKS. Tak ada bunyi loceng tapi cukup grip untuk memaksa kereta launch pada RPM tinggi.

Mitsubishi-Evolution-9-modified-mekanika (11)

Bila dah cukup yakin tu pula kena lah tukar suspensi. Suspensi asal  memang sedap sangat-sangat. Set Evo 9 ini ramai pemilik Evo 7 dan 8 yang cari. Cuma ia tinggi dan tak boleh blah kalau tengok dari jauh. Jadi, Rizal memasang set boleh laras HKS Hypermax untuk dapatkan talaan yang lebih keras. Di samping kerendahan yang penting itunya kan adoiiii.

Brek asal dikekalkan, tetapi pad diganti dengan Project U. Pad Brembo ini kalau dengar harga dia boleh meninggal dunia. Apa lagi? Rim. Rim Advan RG II 17 inci dipilih dan dipasangkan dengan tayar Toyo R1R bersaiz 235/45r17.

Mitsubishi-Evolution-9-modified-mekanika (17)

Jiwa sebenar Evo ini terletak pada reka bentuknya yang ringkas. Andai kata saya ada rezeki dan beli balik Evo, benda yang paling saya setuju ialah kit Evo 9. Simple, tak mengada-ngada, tak habis duit buat bodykit.

Kalau setakat nak pasang bampar tipu-tipu tiru jenis ori Chargespeed atau Varis, lagi elok guna yang asal. Bampar Evo 9 pun bukannya murah kalau beli second hand. Kalau ada benda nak tukar mungkin cermin sisi Craft Square atau Ganador.

Mitsubishi-Evolution-9-modified-mekanika (4)

Bahagian dalaman menampakkan sebuah meter boost APEXi, Pivot Speed Meter dan HKS Timer. Sistem audio ada buat sikit-sikit jenama Kenwood dengan player Alpine. Cukup lah tu, mana ada orang guna kereta sports buat audio gila-gila.

Merenung kembali kereta ini dalam keadaan sedemikian menjadikan hati ramai orang gundah-gulana. Pemeriksaan di mudah.my mendapati kereta ini masih dijual pada harga sekitar RM130,000.

Mitsubishi-Evolution-9-modified-mekanika (7)

Memang mahal lagi bagi kereta yang sudah berusia lebih 10 tahun. Nak buat pinjaman bukann senang macam beli Iriz. Anda boleh tengok trend Evo ni sampai 7 sahaja yang agak logik harganya. Evo 8 boleh lagi. Masuk Evo 9 harga iblis terus.

Jadi nak beli ke tidak ni?

Google ads
Back to top button