Buletin

KEMPEN ISTIMEWA ‘TRUCK MONTH’ FORD MALAYSIA

Ford hari ini mengumumkan kempen ‘Ford Truck Month’ yang menarik. Tawaran hebat itu membuatkan bulan September sebagai masa terbaik untuk para pelanggan di Malaysia membeli sebuah trak pikap Ford Ranger.

Ford-Ranger-Truck-Month-promo-mekanika (1)

Mulai sekarang hingga 30 September, para pelanggan boleh menikmati jaminan selama lima tahun daripada Sime Darby Auto Connexion (SDAC) atau memilih rebat tunai untuk semua model Ford Ranger XLT di mana-mana bilik pameran Ford di seluruh negara.

“Kami berbesar hati untuk meraikan warisan Ford Ranger ‘Built Ford Tough’ sepanjang kempen ‘Truck Month’ ini dengan tawaran-tawaran eksklusif,” kata Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Ford-Ranger-Truck-Month-promo-mekanika (3)

Ford Ranger telah menetapkan satu penanda aras baru dalam segmen trak pikap dengan gabungan kemampuan lasak, keselamatan, hasil pertukangan dan teknologi termaju.

Daripada struktur badan yang dipasang dengan palang perlindungan impak sisi sehinggalah kolum stereng yang boleh dipatahkan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Electronic Brake Force Distribution (EBD), Ranger baharu sememangnya menawarkan prestasi terbaik dari segi keselamatan aktif serta pasif.

Ford-Ranger-Truck-Month-promo-mekanika (2)

Semua itu membantu Ranger untuk memperoleh rating keselamatan paling tinggi dalam kalangan trak pikap yang diuji oleh Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

Ranger XLT kini juga hadir bersama kamera pandang belakang sebagai satu ciri standard. Ia membantu memberikan pemandu pandangan bahagian belakang kenderaan yang lebih jelas, terutama ketika hendak memarkir.

Ford-Ranger-Truck-Month-promo-mekanika (5)

Imej kamera pandang belakang itu dipaparkan pada skrin SYNC Ford bersaiz 4.2 inci. Ia berfungsi bersama ciri Rear Park Assist, alat pengesan parkir yang membantu pemandu memarkir kenderaan dengan lebih yakin.

Maklumat lanjut mengenai promosi ‘Truck Month’, sila layari laman web www.ford.com.my atau kunjungi mana-mana pengedar Ford.

 

Google ads
Back to top button