BuletinMotosikal

PETANDA BAIK. HAFIZH CATAT MASA 10 TERPANTAS DI LATIHAN BEBAS HARI PERTAMA MOTOGP.

Hafizh Syahrin sekali lagi merupakan pelumba rookie terpantas MotoGP pada hari pertama latihan bebas MotoGP di Litar Catalunya.

Dalam sesi latihan semalam, Hafizh berjaya menduduki tempat ke sembilan dan 10 pada sesi berikutnya.

Ini bukan pengalaman pertama Syahrin di sekitar trek Montmeló yang dengan mesin MotoGP. Pada sesi ujian persendirian tiga minggu lalu beliau sudah pun “membaca” litar dan dapat menyesuaikan diri menerusi catatan yang cukup baik. 1m 40.502s. Pada hari Jumaat dan kemudiannya 1m 39.782s semalam.

BACA: HAFIZH KUTIP 4 MATA DI MOTOGP ITALI

“Macam tak percaya, saya boleh tersenarai di sepuluh teratas pada sesi latihan Q2. Saya tahu sesetengah penunggang akan pergi lebih pantas esok, namun buat masa ini saya rasa keadann jentera sangat bagus Saya suka dengan keadaan pasukan kami sekarang dan saya fikir pasukan juga memahami saya dan motosikal.

“Sejak dari perlumbaan Mugello, kami lakukan beberapa penyesuaian pada motosikal. Ia positif, kami menjimatkan hampir satu saat berbanding dengan ujian sebelumnya.

“Saya sangat gembira dengan perkembangan ini dan berterima kasih kepada mereka kerana memberikan saya pakej yang terbaik.”

“Kita akan lihat perkembangan lain esok. Pada waktu pagi, ia kurang panas, dan pasti beberapa pelumba akan bergerak lebih cepat dan saya akan cuba mengambil kesempatan ini untuk pergi lebih cepat juga.”

 

Tags
Google ads
Back to top button