BuletinModifikasi

MASUK HUTAN DENGAN LAND CRUISER DAN PAJERO?. BMW X5 NI LAGI GILA.

Dilancarkan pada tahun 1999, bmw E53 X5 merupakan kenderaan penting bagi BMW. Ia adalah SUV pertama syarikat itu dan boleh dikatakan jadi model perintis jalan bagi pertumbuhan jualan segmen SUV dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada masa itu, ia adalah salah satu SUV yang paling menarik di pasaran. BMW memperkenalkannya Kenderaan Aktiviti Sukan – SUV. 

Tidak seperti pembuat SUV seperti Land Rover, X5 lebih terkenal sebagai model urban berbanding model masuk lumpur. 

Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang peminat dari Rusia ini mengubahsuai sebuah X5 menjadi kenderaan lasak.

Seperti yang dapat anda lihat dalam video, mereka bermula dengan memotong bumbung dan kemudiannya tinggal sejarah. Ia jadi kenderaan lasak speenuh masa.

Tags
Google ads
Back to top button