BuletinMotosikal

MOTOGP BERCELONA: PUSINGAN KELAYAKAN 1, HAFIZH DI POSISI KE- 4. TERBAIK SETAKAT INI.

Baru berakhir sebentar tadi ujian kelayakan pusingan 1 (Q1) yang akan menentukan posisi grid perlumbaan esok. Harapan sudah tentunya terletak pada bahu pelumba negara Hafizh Syahrin di Circuit de Barcelona ini.

Marq Marquez masih lagi unggul dengan catatan masa terpantas 1’39.217 diikuti Nakagami dan Miller di tempat kedua dan ketiga. Namun apa yang mengejutkan, Hafizh Syahrin berjaya memperbaiki catatan masa 1’39.879 sekaligus meletakkan beliau di posisi ke empat dari keseluruhan 16 pelumba.

Hafizh terus mempamerkan peningkatan prestasi sejak dari ujian pusingan bebas semalam. Beliau mencatat masa terpantas masing-masing di tempat 13, 9, 10 dan 9 di keempat-empat ujian pusingan bebas semalam dan awal hari ini waktu tempatan.

Seperti yang dijangka, litar Barcelona, Sepanyol ini ibarat rumah kedua Hafizh semenjak dari zaman beliau berkecimpung dalam arena Moto2. 

Sebentar lagi Ujian kelayakan ke 2 akan berlangsung (Q2) namun catatan 1’39.879 Hafizh tidak bernasib baik untuk ke pusingan kelayakan ke-2.

Marquez and Nakagami akan berentap pada pusingan kelayakan 2 (Q2). Mereka akan menyertai 10 pelumba lain yang telah layak terlebih dahulu selepas ujian latihan bebas ketiga (FP3).

 

Google ads
Back to top button