PETRONAS IONA – BENDALIR TERMAJU UNTUK KENDERAAN ELEKTRIK
PETRONAS Lubricants International (PLI) hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan rangkaian produk e-bendalir, PETRONAS iona.
Dilancarkan pada acara Geneva International Motor Show 2019, PETRONAS iona adalah maklum balas PLI terhadap perubahan trend mobiliti dunia.
Rangkaian produk PETRONAS iona termasuklah bendalir bateri Thermal untuk mengoptimumkan pengaliran tenaga elektrik. PETRONAS iona Integra berfungsi menguruskan geseran sistem rantaian pacuan bersepadu.
Sementara PETRONAS iona Glide pula ialah minyak gris galas untuk memberikan pemanduan lebih senyap dan tahan lasak.
Bukan itu sahaja, satu kajian mendalam akan dilaksanakan bagi mengenal pasti cabaran dan peluang masa hadapan dalam teknologi bendalir serta inovasi dalam meningkatkan lagi prestasi EV.
Hasil kajian tersebut akan dikongsi bersama rakan-rakan utamanya dalam Simposium Bendalir EV yang dianjurkan oleh PLI akhir tahun ini.
“Dalam industri automotif, semua OEM kini perlu mematuhi garis panduan emisi kerbon yang semakin ketat.
“Di PETRONAS, kami sentiasa bersedia dan mengevolusi Penyelesaian Teknologi Bendalir,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan PLI, Giuseppe D’Arrigo.