Buletin

ENGELBERG TOURER, LAGI SUV DARIPADA MITSUBISHI

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Mitsubishi jelas semakin giat menfokuskan jualan kepada SUV. Cuba senaraikan kereta penumpang Mitsubishi yang ada sekarang ini?

Adakah ini satu perkembangan baik buat sebuah jenama yang terkenal dengan kereta penumpang satu ketika dahulu?

Mungkin ya kerana sesebuah pengeluar perlu menfokuskan kepada apa yang boleh dijual dengan banyak kepada pengguna.

Terbaru di Pameran Kenderaan Antarabangsa Geneva (GIMS) 2019, Mitsubishi mempamerkan SUV konsep Engelberg Tourer.

Engelberg adalah nama yang unik dan merujuk kepada sebuah resort ski terkenal di Switzerland dengan pemandangan cantik dan sukan ski serta luncur salji.

Jika ada yang merasa janggal dengan tawaran demi tawaran SUV daripada Mitsubishi, SUV ini menggunakan nadi kuasa Twin Motor 4WD plug-in hybrid EV (PHEV).

Teknologi Mitsubihi yang ditawarkan ini asing di rantau Asean tetapi tidak di Eropah dengan jualan Mitsubishi Outlander PHEV mencatatkan prestasi cemerlang.

Penggerak utama SUV ini ialah enjin 2.4L yang direka untuk sistem PHEV.

Jarak perjalanan dalam mod EV ialah sejauh 70 km (kitaran WLTP) dan apabila digabungkan dengan bateri cas penuh dan setangki minyak, SUV ini boleh dipandu sejauh 700 km (WLTP).

Dari segi rupa, Engelberg Tourer membayangkan SUV masa depan Mitsubishi. Paling jelas ialah wajah depan Dynamic Shield yang tampak garang dan ekspresif.

Tentang sistem pacuan pula, Engelberg Tourer menggunakan motor berkembar 4WD bagi memacu roda depan dan belakang.

Satu teknologi legasi ialah sistem Active Yaw Control atau AYC yang merupakan evolusi daripada Lancer Evolution.

AYC berfungsi dengan membahagi daya kilas di antara roda depan dan belakang.

Sistem tersebut digunakan bersama dengan Super All-Wheel Control (S-AWC) untuk koordinasi pecutan, selekoh dan brek melalui integrasi ABS pada setiap roda dan ASC untuk output motor roda depan dan belakang.

Jadi bagaimana? Setuju atau tidak dengan hala tuju Mitsubishi ini?

Untuk sedan seperti Galant dan Lancer atau hatchback seperti Mirage, mungkin kita perlu menunggu produk perkongsian platform Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Tags
Google ads
Back to top button
Close